Saturday 2 June 2018

[Video Menteri BN Pernah Tak Ceramah Macam Ni? Umno tak perlu gabung dengan PAS] Politik Matang atau Politik 'LIDAH BERCABANG'? Jangan berlengah lagi BUKA SEMULA KES ALTANTUYA!

Ahad, 3 Jun 2018



KERAJAAN BARU INI JANGAN BERLENGAH LAGI MEMBUKA SEMULA KES ALTANTUYA

Selepas kejayaan Pakatan Harapan mengalahkan BN, antara perkara yang menjadi desakan banyak pihak ialah agar membicarakan semula kes pembunuhan Altantuya yang selama ini dianggap masih ada misterinya yang belum terungkai.

Selain 1MDB, kes Altantuya merupakan tuntutan kedua paling banyak diperkatakan dan diberikan desakan ramai.

Secara kebetulan kedua-dua kes ini melibatkan Najib Razak, baik secara langsung mahu pun tidak langsung.

Dalam kes Altantuya ini, banyak persoalan masih tersimpan dan belum terjawab, sekaligus memperlihatkan keadilan tidak ditegakkan dengan sebenar-benarnya.
Walaupun kita semua tahu Sirul dan Azilah sudah didapati bersalah kerana membunuh Altantuya, motif pembunuhan dan siapa yang mengarahkan mereka melakukan pembunuhan itu masih lagi misteri.

Sebab utama mengapa banyak misteri dalam kes Altantuya tidak terungkai ialah kerana ketika kejadian Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan serta kemudian terus menjadi Perdana Menteri.

Kedua-dua yang didakwa, Sirul dan Azilah adalah pegawai UTK yang bertugas menjaga keselamatan Najib ketika itu, manakala Razak Baginda yang dituduh bersubahat merupakan penasihat dan rakan karib kepada Najib.

Dalam perbicaraan yang melibatkan Sirul dan Azilah, buat pertama kalinya motif pembunuhan dianggap tidak penting dan kerana itu ia tidak dibangkitkan sama sekali.
Lantaran itu juga, Musa Safri, ketua pengiring kepada Najib yang merupakan pegawai atasan kepada Sirul dan Azilah langsung tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Jika Musa dipanggil untuk memberi keterangan, mungkin dapat diketahui siapakah yang memberi arahan kepada Sirul dan Azilah untuk melakukan pembunuhan itu serta apakah motifnya.

Kalau Musa yang memberi arahan itu, siapakah pula yang berada di belakang Musa dalam arahan tersebut?

Sirul dan Azilah secara logiknya tiada motif unfuk membunuh Altantuya kerana mereka langsung tidak mengenalinya dan mereka melakukannya hanyalah semata-mata kerana mengikut arahan.
Turut menjadi persoalan ialah bagaimanakah bom C4 yang digunakan untuk meletupkan tubuh Altantuya diperolehi kerana ia adalah bahan letupan yang dikawal ketat di Kementerian Pertahanan dan bukan sebarangan orang boleh memperolehi dan membawanya keluar.

Lebih dari itu, rakan karib Najib iaitu Razak Baginda yang pada mulanya dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu dan kemudian didapati tidak bersalah, tetapi pihak pendakwaan langsung tidak membuat rayuan terhadap pembebasannya.

Dengan yang demikian, Razak Baginda kekal didapati tidak bersalah, tetapi ramai yang tidak puas hati dengan tindakan pihak pendakwa tidak membuat rayuan itu, termasuk keluarga Altantuya sendiri.

Sirul dan Azilah sebaliknya kekal didapati bersalah, tetapi ketika kes mereka di peringkat rayuan, Sirul telah melarikan diri ke Australia sehinggalah sekarang.
Azilah pula tidak dapat dijatuhi hukuman mati sebagaimana sabit kesalahan terhadapnya kerana dia melakukan jenayah itu bersama dengan Sirul, maka hukuman tidak dapat dilaksanakan jika tanpa salah seorang daripadanya.

Dengan itu, pelaksanaan hukuman itu masih lagi tertangguh sehingga sekarang.

Bapa Altantuya sehingga sekarang masih berjuang menuntut keadilan bagi pembunuhan anaknya, termasuk menghubungi Tun Mahathir Mohamad sehari sebelum pilihanraya umum yang lalu.

Masyarakat dalam negara serta antarabangsa yang cintakan keadilan tidak henti-henti mahukan kes itu dibuka semula. Meskipun Sirul dan Azilah yang melakukan pembunuhan itu, tetapi siapa yang mengarahkan pembunuhan itu tidak harus dilepaskan begitu saja.
Memandangkan kini Pakatan Harapan telah memenangi pilihanraya dan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, kerajaan baru ini tidak harus melengah-lengahkan untuk membuka semula kes Altantuya.

Melakukan pembunuhan, tidak kira sama ada ia melibatkan orang Islam atau bukan Islam, keadilan dalam menjatuhkan hukuman mestilah ditegakkan. 

Bukan saja yang melakukan pembunuhan wajib dihukum, tetapi yang mengarahkan pembunuhan atau bersubahat dengan jenayah tersebut juga harus dihukum sama.

Membuka semula kes Altantuya sehingga membolehkan keadilan ditegakkan dan tiada sesiapa terlepas daripada hukuman, bukan saja menggembirakan keluarga Altantuya, terutamanya bapanya yang tidak henti-henti berjuang, malah akan membuatkan nama Malaysia dipandang tinggi semula oleh dunia atas keberanian menegakkan keadilan yang bertahun-tahun cuba disembunyikan. (ShahbudinHusin 02/06/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena