Showing posts with label Penjawat Awam. Show all posts
Showing posts with label Penjawat Awam. Show all posts

Tuesday, 17 April 2018

[Video MASA DEPAN Pekerja Swasta, Penjawat Awam & BR1M LEPAS PRU14] Tanding di Langkawi: Bukan lari, sengaja nak tengok majoriti BN pada PRU14.

Rabu, 18 April 2018

Imej yang berkaitan
Image may contain: 1 person, smiling, text

Tanding di Langkawi: Bukan lari, sengaja nak tengok majoriti BN pada PRU14

Tanding di Langkawi: Bukan lari, sengaja nak tengok majoriti BN pada PRU14

Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Langkawi kerana mahu melihat sejauhmana calon Umno mampu mempertahankan majoriti yang pernah diperoleh Barisan Nasional (BN) menerusi  penyandangngya Datuk Nawawi Ahmad.
Pada PRU13 kerusi Parlimen Langkawi dimenangi calon BN , Datuk Nawawi Ahmad.Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Langkawi menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein, dengan majoriti 11,861 undi.
“Saya ingat kalau saya pergi Kubang Pasu saya boleh (pasti) menang. Sebab itu saya kata sama ada saya akan bertanding di Kubang Pasu, Langkawi atau Putrajaya.
“Untuk Najib bagi hadiah di tempat yang dijangka saya akan bertanding.
“Di Langkawi Umno menang 11,861 undi. Kita nak tengok berapa banyak mereka dapat kali ini,” ujarnya.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah yang berkata, bekas perdana menteri 22  itu bertanding di Langkawi dan bukan di Kubang Pasu menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan  itu tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadapnya.
“Tak apa dia nak bertanding di Langkawi, kalau saya bertanding lah di Kubang Pasu buat apa di Langkawi… jadi perdana menteri 22 tahun, ketua bahagian, ahli Parlimen, tiba-tiba lari tinggal kawasan  ke Langkawi.
“Saya tanya orang Langkawi mereka kena fikir, pasal apa dia datang bertanding di situ… ini tidak nak cari tempat selamat, belum tahu selamat.
“Tapi dia dah selamat di Kubang Pasu 22 tahun pasal apa nak tinggal,” kata Ahmad Bashah semasa majlis penyampaian bantuan banjir di Tajar, Alor Setar pada Selasa.
Dr Mahathir merupakan bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu dari tahun 1974 hingga tahun 2004.
Bagaimanapun pada Ahad, beliau membuat keputusan untuk bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada PRU14.
Parlimen Langkawi bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara  BN, PH dan Pas. Pas dijangka akan menampilkan calon muda sama ada dari Pas atau Gagasan Sejahtera.
MD.
Read More

Monday, 9 January 2017

TERKINI! Polis Australia pula siasat 1MDB & PM: Penjawat Awam jangan ambil hak rakyat..He eleh! NGO ingatkan PM, atasi rasuah melalui teladan.

Isnin, 9 Januari 2017
Foto Suara Rakyat.
#BREAKINGNEWS TERKINI

Kini pihak polis Australia pula siasat skandal kewangan terbesar dunia #1MDB.

MANA NAK LARI NAJIB..
Ada harapankah Najib nak terbang bercuti meluangkan masa berkualiti dgn keluarga ke Australia lps ini !!!

TAHUKAH ANDA..
Sbb itulah Najib telah berpaling arah pro kpd negara komunis-China sbg sekutu antarabangsanya, apabila Amerika Syarikat (DoJ) lancar siasatan terhadap skandal 1MDB itu...

http://www.theaustralian.com.au/national-affairs/foreign-affairs/afp-looks-into-whether-imdb-loot-stashed-here/news-story/73b90b36a5080948dcd68fd8053e0418

Foto Suara Rakyat.
IBARAT MELUDAH KE LANGIT..

Tapi boss.. 1MDB-RM2.6 billion 1MDB, SRC-RM42 juta masuk ke 'DALAM AKAUN PERIBADI' itu hak kamu kah !!!

KENAPA masuk ke akaun peribadi, kenapa tidak ke akaun parti ??!!

Adakah rakyat Malaysia ini bodoh spt kamu setiap kali menipu & perbodohkan rakyat ?

Image result for Kartun Zunar mengenai rasuah

NGO ingatkan PM, atasi rasuah melalui teladan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa menunjukkan kepimpinan melalui teladan sebelum mengingatkan penjawat awam supaya jangan mengambil hak milik rakyat.
"Mesej kami kepada Najib adalah buat apa yang kamu kata. Cara terbaik membendung rasuah dalam sektor awam adalah dengan kepimpinan melalui teladan," kata pengasas Pusat Memerangi Rasuah & Kronisme (C4), Cynthia Gabriel.
Beliau berkata Najib perlu memulangkan kembali RM42 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya, yang didakwa daripada SRC International Sdn Bhd - bekas anak syarikat 1MDB.
"Pepatah Cina mengatakan ikan busuk bermula dari kepalanya. Adalah penting Najib menunjukkannya sekiranya dia mahu perkhidmatan awam dibersihkan," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
Bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Najib berkata kes-kes rasuah oleh penjawat awam boleh mengurangkan keyakinan orang ramai kepada kerajaan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini menahan ketua setiausaha sebuah kementerian, dua anaknya dan bekas ketua pegawai eksekutif sebuah agensi kerajaan berkaitan kes rasuah, pengubahan wang haram dan salahguna kuasa.
Sementara itu, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata Najib perlu menjelaskan derma RM2.6 bilion dan RM42 juta yag ditemui dalam akuan peribadinya, serta apa yang dilakukan terhadap wang itu.
"Kenyataan beliau adalah ironi dan berpura-pura, memandangkan 1MDB masih belum diselesaikan..
"Najib perlu turun menjawab berbilion ringgit yang dijumpai dalam akaun peribadinya terlebih dahulu sebelum menasihati orang lain," katanya.
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 17 November 2016

Termaktub dalam Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan! Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam...Apa kata IGP Khalid?

Jumaat, 18 November 2016

Alhamdulillah.. Nampaknya puok2 UMNgOK yg cuba nak menggagalkan usaha perhimpunan #BERSIH5.0 temui kegagalan setelah Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan mereka untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu ini.

Mahkamah Tinggi hari ini juga menegaskan bahawa pihak polis secara sah terikat untuk memastikan pergerakan Baju Merah yang bergerak di lokasi yang berbeza untuk tidak bertembung dengan penyokong Bersih 5.0 nanti.

Hakim Nanthan Balan dalam membacakan keputusannya menolak permohonan injunksi bagi menghalang Bersih 5.0 untuk membuat perarakan perhimpunan yang diadakan di ibu kota juga berkata, Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman menyatakan bahawa pihak polis mesti mengarahkan mana-mana pergerakan perhimpunan jika mereka tahu pertembungan itu bakal berlaku.

TETAPI IGP KHALID pula kata Perhimpunan Bersih 5.0 itu sebagai HARAM..

Adakah kuasa IGP lebih tinggi daripada kuasa Mahkamah Tinggi ?

Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam

 | November 17, 2016
Tan Sri Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.

Razali-Ismail_bersih_600

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata penjawat awam, pelajar universiti dan ahli akademik ada hak untuk berhimpun secara aman.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan amaran Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menghalang guru menyertai perhimpunan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar lain.
Hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau berdepan pemotongan gaji atau pemecatan, bergantung pada tahap penyertaan.
“Suhakam mengulangi lagi iaitu menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia ada hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata,” katanya dalam satu kenyataan.
Razali berkata sementara hak untuk mengadakan demonstrasi balas perlu dikekalkan, polis dan pihak berkuasa perlu memastikan tindakan peserta tidak berubah menjadi ugutan dan merusuh.
“Maka tanggungjawab polis untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menyatakan kedudukan dan pendapat mereka secara bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata Suhakam menyokong usaha polis menunjukkan disiplin dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
“Ini ialah ciri kematangan politik,” katanya.
Selain itu, katanya Suhakam akan memantau perhimpunan berkenaan dan jabatan aduannya akan menerima laporan daripada orang awam.
Read More

Friday, 23 October 2015

Beruntungnya Penjawat Awam dapat RM500, Pesara RM250..."Cuba kau baca surat budak ni tulis najib wey"! Jib "Mana RM2.6 bilion"?

Jumaat, 23 Oktober 2015

Cuba kau baca surat budak ni tulis najib wey....kau tk de perasaan ke jibby.?klau kau tk de deria tu,elok kau berenti jd org jaa...jahanamm...
Nathan CkwNathan Ckw


Penjawat awam dapat RM500, pesara RM250


Kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 700,000 pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM250.
“Kedua-dua bayaran ini yang berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menambah baik beberapa perkara bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan perkhidmatan awam.
Ini termasuk menetapkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam, selain menambah baik 252 skim perkhidmatan yang bermanfaat kepada 406,000 penjawat awam.
“Kerajaan juga bersetuju menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan yang melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan,” katanya.
Selain itu, Najib berkata, kerajaan akan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred, yang akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan RM1.1 bilion.
Tambah beliau, pegawai lantikan ‘Perkhidmatan Kontrak’ yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam juga akan dilantik secara tetap.
Kesemua pelaksanaan itu dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion akan berkuat kuasa 1 Julai 2016, katanya.
- Bernama
Malaysiakini.
Read More

Friday, 28 August 2015

[Video] Penjawat Awam BERHAK sertai Bersih 4 hari ini dan esok, kata warga guaman

Sabtu, 29 Ogos 2015
Penjawat awam berhak sertai Bersih 4, kata warga guaman 

Kakitangan sektor awam boleh menyertai perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini kerana mereka hanya menjalankan hak demokratik masing-masing, kata seorang hakim bersara dan para peguam. 
Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pekerja sektor awam bebas melakukan apa yang mereka mahu semasa hujung minggu dan cuti umum. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015.
Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pekerja sektor awam bebas melakukan apa yang mereka mahu semasa hujung minggu dan cuti umum. 

Mereka berkata, penjawat awam tidak perlu bimbang kerana undang-undang menyediakan perlindungan sama rata kepada seluruh rakyat. 
Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pekerja sektor awam bebas melakukan apa yang mereka mahu semasa hujung minggu dan cuti umum.
"Sebarang percubaan untuk tidak menggalakkan mereka hadir ke program pilihan mereka adalah tidak rasional dan tidak munasabah," katanya kepada The Malaysian Insider. 
Beliau berkata demikian mengulas peringatan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya guru mengelak daripada menyertai mana-mana perhimpunan yang melanggar kontrak mereka dengan kerajaan.
Menteri yang baru kira-kira sebulan memegang jawatan itu berkata, guru sebagai pejawat awam, sepatutnya sedar akan peranan mereka selepas mengangkat sumpah.  
"Sekiranya mereka berani (menyertai perhimpunan) mereka patut bersedia untuk berdepan akibatnya," katanya dalam temuramah eksklusif dengan The Malaysian Insider. 
Sri Ram berkata, ugutan menteri tersebut sama seperti memberitahu penjawat awam dengan siapa mereka patut memihak.
"Kebebasan berpersatuan di dalam Perlembagaan Persekutuan bermakna pilihan untuk menyertai atau tidak menyertai persatuan."
Peguam Ragunath Kesavan berkata, beliau tidak nampak sebarang pelanggaran disiplin di kalangan penjawat awam hanya kerana menyertai perhimpunan aman itu. 
"Undang-undang akan melindungi mereka, sama seperti rakyat lain sekiranya mereka berhimpun untuk menuntut apa yang mereka mahu secara aman."
Beliau mendakwa, ugutan menteri itu bertujuan menakut-nakutkan para guru yang mungkin bercadang menyertai perhimpunan tersebut.
Seorang lagi peguam G Subramaniam Nair berkata, terdapat peruntukan di dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Disiplin) 1993 yang mengatakan tindakan boleh diambil terhadap penjawat awam kerana "mencemarkan nama jabatan".
"Mengenakan tindakan disiplin ke atas penjawat awam kerana menyertai perhimpunan boleh dicabar undang-undang," kata Subramaniam yang banyak mengendalikan kes pembuangan kerja melibatkan sektor awam.
Beliau berkata, sama seperti kerajaan tidak boleh menghukum penjawat awam yang mengundi selain Barisan Nasional dalam pilihan raya, ia juga tidak boleh bertindak terhadap rakyat yang ingin menggunakan hak berhimpun mereka bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang aman. 
"Mahkamah kita menetapkan, ia merupakan hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan meluahkan pendapat mengikut dalam lingkungan had yang dibenarkan undang-undang," katanya. 
Bersih 4 merupakan perhimpunan 34 jam yang menuntut pembaharuan institusi serta peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – 28 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penjawat-awam-berhak-sertai-bersih-4-kata-warga-guaman#sthash.DUJRODji.dpuf
Read More

Monday, 29 June 2015

Bencana Buat Penjawat Awam? Gaji awal Julai pada 9 haribulan...

Selasa, 30 Jun 2015

Bencana Buat Penjawat Awam?


Bencana Buat Penjawat Awam? Menunggu 46 hari untuk gaji Ogos berikutan pembayaran awal gaji bagi Julai boleh mengundang "bencana kewangan" kepada penjawat awam jika mereka terlalu ghairah berbelanja untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Penjawat awam yang menerima gaji dan bonus RM500 pada 25 Jun lalu, dijadualkan menerima gaji awal untuk Julai iaitu pada 9 haribulan, manakala gaji berikutnya pada 25 Ogos.

Seorang perunding kewangan dari Great Eastern Takaful Ahmad Humaizi Mat Noor berkata penjawat awam perlu bijak berbelanja semasa Hari Raya.

Mereka perlu menetapkan dalam minda masing-masing bahawa gaji yang dibayar pada 9 Julai itu seharusnya digunakan untuk bulan Ogos.

"Harus diberi perhatian serius kerana kehidupan anda bergantung kepada gaji tersebut selama 46 hari sebelum akaun kembali terisi dengan gaji bulan berikutnya," katanya.

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau mengajukan beberapa saranan kepada penjawat awam dalam merancang perbelanjaan.

Ahmad Humaizi berkata bajet untuk keperluan Aidilfitri, yang dijangka disambut pada 17 Julai, harus dibuat berdasarkan gaji diterima pada 25 Jun berserta bonus RM500 yang diberikan kerajaan.

Pendapatan yang diterima pada 9 Julai tidak wajar "diusik", katanya.

Katanya penjawat awam juga sewajarnya terus membuat bayaran perbelanjaan bulanan bagi Ogos seperti ansuran rumah, kereta, taska anak, kad kredit kerana realitinya gaji yang diterima pada 9 Julai adalah untuk bulan Ogos.

Beliau berkata, sekiranya seseorang itu tidak dapat menahan nafsu melihat baki simpanan dalam bank berlebihan, sebaiknya wang itu dipindahkan ke akaun lain yang tidak mempunyai kad ATM seperti Tabung Haji atau Amanah Simpanan Bumiputera (ASB).

"Apabila cukup kitaran gaji seperti biasa, bolehlah anda mengeluarkan wang ini seperti biasa untuk kegunaan pada bulan Ogos," katanya.

Read More

Saturday, 11 October 2014

Gaji: Penjawat Awam jumpa kami Pakatan Rakyat...Shahidan tercabar?

Sabtu, 12 Oktober 2014
Dua orang MP dari BN dan Pakatan Rakyat hari ini bertikam lidah tentang kecenderungan politik warden penjara.

Pertikaian tersebut berlangsung antara MP Sepang, Hanipa Maidin dan MP Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) (No. 2) 2014.

Ia bermula apabila Hanipa (bawah) mendakwa beliau didatangi warden penjara yang memintanya agar membawa isu kenaikan gaji mereka ke Parlimen.

"Ini permintaan dari warden-warden penjara ini mereka minta supaya mereka juga diberi kenaikan gaji.

"Saya ini MP yang selalu bercakap pasal naik gaji orang lain," katanya.

Kenyataan beliau itu kemudian dicelah oleh Shahidan Kassim.

"Saya tercabar dengar dari luar jadi saya masuk.

"Yang pertama kenapa warden ini jumpa YB kenapa tak jumpa kami - di antara orang yang boleh mempertimbangkannya dengan lebih cepat lagi.

"Mereka ini sebenarnya jumpa Yang Berhormat, pada anggapan Yang Berhormat sahaja," bidas Shahidan disambut gelak ketawa dari anggota-anggota Parlimen BN.

Menyambung perbahasannya, Hanipa menegaskan bahawa Shahidan perlu menyiasat sendiri sebab warden penjara cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat.

"Yang pertama dia (Shahidan) tanya kenapa warden jumpa saya tak jumpa mereka.

"Dia kena tanyalah kenapa dia orang suka sangat dengan Pakatan Rakyat tak suka dengan yang sana (BN).

"Kena tanya diri sendirilah.

"Mungkin kerana keburukan orang-orang di sana.

"(Mereka) tak percayalah dengan orang-orang di atas.

"Itu kena tanya merekalah. Hakikat, yang mereka nak jumpa kita, menunjukkan mereka tahu yang kita inilah yang menjuarai masalah rakyat," kata Hanipa.Enggan mengalah, Shahidan (kanan) memohon untuk mencelah dan diberikan laluan oleh Hanipa.

"Walaupun saya dan rakan-rakan tak pernah ditahan dalam penjara, tetapi saya dan rakan juga memberi perhatian kepada penjara.

"Kita kalau ada upacara-upacara Hari Merdeka atau hari korban kita sentiasa ada di sana," katanya.

RUU Penjara (Pindaan) (No.2) 2014 ini mula dibaca untuk kali kedua hari ini selepas Rang undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan 2014) selesai dibaca tengah hari ini.
Read More

Thursday, 19 June 2014

Penjawat Awam (Pegawai Khas) Yang Memiliki Lamborghini Aventador?

Khamis, 19 Jun 2014

 Nedim Nazri Penjawat Awam Yang Memiliki Lamborghini Aventador?


Jealous Tak?
Apa nak jeles kan.. Kalau bapak ko menteri, konfem ko akan mintak bagai.. Setiap segala projek mewah mesti ko bleh sapu.. Janji kena bijak untuk uruskan.. And satu lagi, bapak ko sendiri takkan nak tengok anak merana.. Tu logikal thinking la.. And perkara lumrah berlaku kat mana-mana.. Dalam swasta sekalipun banyak berlaku..

Tapi itulah yang duk gembar gembur.. Nedim selamba derk jer dapat nora danish.. Selamba jer hari-hari nora bagi 5 bintang kat nedim..

Sebagai muslim, more better mintak pendakwah seluruh malaysia pergi berdakwah orang atasan.. Tiup tiup bagi bukak mata.. Kemewahan tu kena bagi-bagi kat orang miskin.. Kg Chubadak tu bukan perkampungan untuk di per Yahudi kan ... Dibuat macam rakyat rohigya..

Read More

Wednesday, 11 June 2014

Cukai Tambahan CP38: Semua Penjawat Awam besar atau kecil pangkat mereka perlu dihukum?

Rabu, 11 Jun 2014

Kerajaan UBN Yang Perihatin: Penjawat Awam Perlu Dipertanggungjawabkan?

Semua penjawat awam besar atau kecil pangkat mereka perlu dihukum? Dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab mereka perlu berkorban kepada negara atau dikorbankan? Mereka menjadi libaliti kepada kerajaan ke?

Penjawat Awam Tiang Seri Negara?

Cukai tambahan penjawat awam tampung kerugian RM3.1 bilion

(Oleh: Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 8 JUN: Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Arahan CP38 (potongan cukai tambahan secara ansuran) terhadap penjawat awam hanya bertujuan menampung kerugian kerajaan sebanyak RM 3.1 bilion.
Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, jumlah itu merupakan pengecualian cukai oleh kerajaan terhadap syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX).
abdullahsani400px“Kerajaan dah rugi RM3.1 bilion daripada pengecualian cukai tersebut.
“Jadi apa yang kerajaan cuba lakukan adalah mengutip balik cukai itu daripada penjawat awam dengan mengenakan potongan cukai tambahan secara ansuran pula. Pastinya ini menambahkan bebanan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa kerajaan meneliti semula perlaksanaan cukai korporat termasuk pengecualian cukai kepada syarikat–syarikat berstatus TRX.
Ini kerana keputusan memberikan pengecualian 100 peratus cukai pendapatan kepadabank-bank yang berpindah ke TRX dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah disifatkan tidak rasional.
Pengecualian tersebut mengakibatkan negara kehilangan sumber pendapatan kira–kira RM 3.1 bilion sekiranya tiga bank tempatan iaitu CIMB, Maybank dan RHB berpindah ke TRX.
Pada 3 Jun lalu, LHDN berkata pemotongan cukai tambahan kepada penjawat awam bertujuan melunaskan tunggakan cukai sedia ada dan arahan tersebut akan dikenakan kepada 156,158 pembayar cukai individu melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.
Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata, kerajaan cuba melindungi kroni sendiri dengan membebankan rakyat berpendapatan rendah bagi menampung kerugian yang ditanggung mereka.
“Kaedah Pemotongan Cukai Berjadual (PCB) sedia ada cukup memberi tekanan kewangan kepada kumpulan pekerja hampir 1.4 juta orang.
“Cukai yang dah dikenakan sebelum ini dah jadi bebanan kepada mereka, apatah lagi dengan cukai GST yang akan dilaksanakan nanti. Pakatan Rakyat menentang setiap perlaksanaan yang membebankan rakyat sebab itu bukan matlamat kita,” ujarnya
Posted by 
Read More

Saturday, 3 May 2014

[Video] Penjawat Awam perlu setia kepada RAJA & NEGARA...Bukan untuk UMNO...'Akujanji 2000' bertentangan dengan Perlembagaan!

Ahad, 4 Nei 2014

Anwar Ibrahim tiba di Dataran Merdeka



2 hrs 


Morning! !!

Penjawat awam hanya perlu setia pada Raja dan Negara sahaja.

Ini FAKTA. .

Kata pakar perlembagaan xproff Aziz Bari.
So.. nampak tak umno BN ugut dan salahguna kuasa?
Mari report polis dan tangkap tukang UGUT ni sebab mengugut dan salah guna kuasa.


#Amacam?
 — with Kasturi Kijang.









Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena