Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Monday, 20 July 2015

[Gambar] HARAPAN BARU di PERLIS...Dr.MAZA pun sokong #HARAPAN BARU?

Isnin, 20 Julai 2015
HARAPAN BARU DI PERLIS

Mat Sabu: GHB Akan Teruskan Agenda Pakatan Rakyat, Nafi Jadi Proksi DAP


1,000 beri sokongan pada 'Harapan Baru' di Perlis

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam siri ceramah kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS, di Perlis - negeri kelahiran Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din - malam tadi.

Meskipun hujan turun di sebelah petang, ia tidak menghalang hadirin memenuhi kawasan lembab di lokasi ceramah di Kangar bagi mendengar ucapan daripada kepimpinan GHB.

Diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, pemimpin gerakan itu begitu berhati-hati supaya tidak mengkritik secara terbuka kepada rakan mereka dalam parti termasuk kumpulan ulama dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang boleh mengundang kritikan balas.

Bagaimanapun, hadirin memberi maklum balas ketika barisan kepimpinan GHBmembidas kepimpinan PAS yang baru-baru ini muncul dengan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang bergelut dengan dakwaan penyaluran wang 1MDB.

Antara yang berucap ahli parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Sepang Hanipa Maidin, peguam dan anak lelaki kepada bekas presiden PAS Faiz Fadzil Noor dan Aida Yusof Rawa yang membuat kenyataan untuk menunjukkan PAS beralih dari perjuangan asal dan mengapa GHB perlu disokong.

Mereka turut merayu supaya rakyat menyokong usaha "Selamatkan Malaysia" dengan menukar pemerintahan dan tidak hanya menukar Najib.

Mohamad atau mesra dipanggil Mat Sabu memberikan ucapan berapi dengan menyatakan bagaimana PAS memainkan peranan penting membawa Islam ke persada politik arus perdana sejak ditubuhkan pada 1951.

PAS juga telah menyertai BN sebelum ini seperti mana mereka menyertai Barisan Alternatif pada 1999 dan Pakatan Rakyat pada 2008 untuk mempromosikan perjuangan Islam.

"Tetapi sejak akhir ini, kita lihat ada beberapa perubahan dalam PAS. Malaysia adalah negara demokrasi dan kita mengadakan pilihan raya setiap lima tahun. Tapi sejak kita mengamalkan sistem first past the post, kemenangan kita ditentukan oleh siapa yang dapat banyak undi, bukan siapa yang kuat.

"Kita perlu berkerja dengan komuniti dan parti lain. Kita lihat sekarang parti ini yang banyak memberi sumbangan, telah meninggalkan arena yang menjadikan serba mungkin bagi semua kaum,"
 katanya, merujuk kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk keputusan perwakilan PAS pada muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor bulan lalu yang mana cadangan Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.-mk 
ULASAN GB

Nampaknya PAS kini semacam "bersatu" dengan UMNO menyerang DAP, sekaligus menyerang GHB. 

Sebelum ini GHB dituduh dengan pelbagai tuduhan, cacian dan makian kerana masih berbaik-baik dengan DAP. Isu perkauman dan keagamaan dicanangkan untuk membangkitkan kebencian orang Melayu & Islam terhadap DAP. 

Namun mujur rakyat sudah membuka mata lebih awal rentak permainan kedua-dua parti tersebut dimana PAS yang sebenarnya telah dipermainkan oleh UMNO BN di dalam isu hudud. 

Sehingga kini, bil persendirian yang dihebohkan berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah masih gagal dibentangkan. PAS kini akhirnya menjadi mangsa kepada kebodohan sendiri apabila Bil tersebut lansung tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO BN dan PAS kehilangan rakan yang selama ini banyak membantunya mencapai kemenangan di dalam pilihanraya, iaitu DAP, terutama di kerusi-kerusi pengundi campuran. 

GHB mengisi ruang kosong yang ditinggalkan PAS itu, menjalinkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Dan apabila itu berlaku, GHB dituduh pula proksi DAP. 

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS terus menjadi mangsa perbodohan oleh UMNO BN. GHB pula terus menerima sokongan rakyat, kini bukan sekadar dari kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam kerana parti baharu yang bakal ditubuhkan ini adalah sebuah parti kendatipun berteraskan Islam namun akan membuka pintunya untuk bukan Islam menyertainya asalkan menerima dasar Islam. 
Read More

Friday, 8 February 2013

Kenapa Muhyiddin menangis??......Orang Perlis dah pekena dia..

ISK!....  Isk!...



Kenapa Muhyiddin menangis??

Perkara biasa dalam Umno. Jom kita tengok bagaimana konsep yang di amalkan dalam Umno selama ni.

Bekas pemimpin utama BN Perlis mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin  tidak mendapat maklumat yang sebenarnya mengenai sokongan pengundi dari kaum cina di negeri Perlis.

Setiausaha B N negeri Perlis, Mat Rawi Kassim ada memberi taklimat kepada Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan semasa jentera pilihanraya BN negeri di Kangar semalam.

Taklimat tersebut di fahamkan mengenai calon, kerusi serta tahap sokongan pengundi dari kaum cina kepada BN negeri Perlis. Taklimat tersebut berlangsung selama 1 jam yang turut dihadiri oleh pimpinan utama negeri Perlis termasuk MB Perlus, Mat Isa Sabu.

Dalam taklimat tersebut, Mat Rawi memberitahu Muhyiddin bahawa 70% pengundi kaum cina di Perlis akan menyokong calon BN dalam pilihanraya umum ke13 nanti.

Sedangkan apa yang di beritahu oleh bekas pemimpin MCA negeri Perlis amat2 berbeza dengan apa yang disampaikan oleh Mat Rawi kepada Muhyiddin. Tahap sokongan pengundi cina kepada MCA amat tidak memuaskan.

Jadi ini la permainan dalam Umno sejak dulu lagi. Demi nak bodek TPM punya pasal, sanggup memanipulasi fakta sebenar. Ampu, bodek untuk tarik perhatian pemimpin utama Umno. Dalam proses membodek untuk jadi calon, mereka sanggup menyampaikan maklumat yang salah kepada Muhyiddin yang kelihatan tengah bengong akibat keletihan. 

Peluang dah terhidang kepada Pakatan untuk take over Perlis dari tangan BN. Biarkan mereka tipu ketua mereka supaya duduk dalam keadaan selesa sedangkan hakikatnya sebaliknya.
Source: ADA AKU KESAH??

Komenter

Mohd Anuar Tahir


Friday, February 8, 2013
Nota ringkas buat Tan Sri Muhyiddin Yassin


PAS Perlis menyindir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya cermin diri terlebih dahulu dengan melihat pergolakan dalaman Umno-BN di negeri itu terlebih dahulu yang didakwa "tidak berkesudahan" sebelum meramal BN mampu menang besar pada pilihan raya umum akan datang .

Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Perlis Mohd Anuar Tahir berkata rakyat di negeri itu sudah bosan dengan perebutan kuasa, pangkat dan kedudukan yang didakwanya di kalangan pemimpin Umno dianggapnya "tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda".

"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka," katanya.

Mohd Anuar yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilapor yakin BN mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Source: Kerajaan Rakyat


Berita Kaitan





Muhyiddin yakin BN boleh menang besar di Perlis




Bernama
4:51PM Feb 7 2013


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno berkata keyakinan itu berdasarkan taklimat persiapan pilihan raya yang disampaikan BN Perlis kepadanya hari ini bahawa terdapat petanda sokongan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan.

"Saya yakin semua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (di Perlis) boleh menang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan rakyat 1Malaysia di Dewan Seri Melati, Beseri dekat Kangar hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang juga Pengerusi BN Perlis.

Pada pilihan raya umum 2008, Perlis memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen dan 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Dua kerusi yang hilang ke tangan pembangkang ialah kawasan DUN Sanglang dan Simpang Empat.
Malaysiakini.


Jalanpulang.blogspot.com.

Takbir!   Allahuakbar




Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena