Sunday 4 August 2013

Video Pembunuh Upahan: Jenayah "Tembak Mati" Kes Keenam Dalam Seminggu !!!! 3 Ogos di Kajang & 4 Ogos di Kota Kinabalu..

Isnin, 5 Ogos 2013
Pembunuh upahan/kena tembak/kes bunuh terancang/malaysaian mafia
Nazri Aziz Bimbang Jenayah Tembak Jejas Sektor Pelancongan
KUALA KANGSAR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Sabtu meluahkan kebimbangan kejadian jenayah tembak yang berleluasa kebelakangan ini akan menjejaskan kehadiran pelancong.

Menurut Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, ketibaan pelancong sedikit terjejas ketika negara ini dilanda jerebu baru-baru ini.
Sementara itu, mengulas tajuk berita akhbar Singapura, The New Paper 'Welcome to Malaysia where... Death is Cheap and Staying Alive Costly,' Mohamed Nazri menganggap tajuk berita itu suatu yang adil.

"Ini bukan suatu yang memburukkan kita, kerana Singapura juga pakejkan pelancong mereka dengan selatan Johor seperti Legoland dan Hello Kitty. Kalau mereka kata jangan datang ke Johor, pelancong pun tidak akan pergi ke Singapura.

"Kalau mereka sengaja kata Malaysia bahaya, ia juga akan menjejaskan pelancongan negara mereka," katanya.

Tajuk berita itu yang antara lain bermaksud di Malaysia nilai nyawa manusia murah dan kos untuk terus hidup dengan selamat pula tinggi dengan tajuk kecil dan gambar warga Singapura berstatus Pemastautin Tetap yang cedera ditembak kini berbelanja $3,200 sebulan untuk pengawal peribadi, dipapar akhbar berkenaan pada Rabu lepas. - BERNAMA/ di edit..


04 Ogos 2013
Kes Tembak Terbaru - Ahli perniagaan ditembak mati dari dalam kereta di Kota Kinabalu
KOTA KINABALU - Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di Penampang kira-kira pukul 10.15 malam semalam. 

Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh sebuah kereta peronda polis, tetapi disahkan meninggal dunia lewat malam tadi. 

Polis masih belum mendedahkan identiti ahli perniagaan itu, yang dikatakan baru sahaja meninggalkan kedai kopi selepas minum dengan beberapa rakan, lapor Mstar Online. 

Sebaik sahaja beliau meninggalkan kedai kopi itu, seorang lelaki yang tidak dikenali yang sedang menunggu di dalam kereta menembak di bahagian perut dan segera memecut.
iNFO Terbaru Pengawal keselamatan mati ditembak di Kajang
Polis peronda yang berada berdekatan kawasan mendengar tembakan dan segera tiba ke tempat kejadian, membawa lelaki itu ke hospital.

Pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di seluruh bandar dalam usaha untuk menangkap penyerang.

Difahamkan, polis juga merekodkan kenyataan daripada rakan-rakan ahli perniagaan itu. - Bernama/Kedahkini.
03 Ogos 2013
Lagi Kes Tembak Mati , Kes Kelima Dalam Seminggu !!!!
KAJANG: Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.
"Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rashid berkata mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.
KES TEMBAK LAGI Kali Ni Di Kajang Pengawal Keselamatan Maut Ditembak
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, isteri mangsa, S.Punavaneswari, 28, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana balik ke kampungnya di Seremban bersama anak lelaki mereka.

"Kali terakhir saya bercakap dengan dia ialah semalam, tetapi dia tidak menunjukkan reaksi yang pelik kerana selama ini pun dia memang jarang bercerita mengenai hal peribadinya kepada saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Kejadian itu merupakan yang kelima minggu ini. Semalam, seorang peniaga emas nyaris maut apabila tembakan orang yang cuba membunuhnya tersasar dan terkena bahu kanan mangsa, yang ketika itu memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah di sini.

Pada 29 Julai, Pengasas Arab Malaysia Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena