Mat Sabu tiba jam 1 pagi di Pusat
Bantuan Banjir Indera Mahkota
abg mat is in town! jadual padat utk timb presiden pas hari ini utk menziarahi warga masyarakat yg terjejas akibat banjir. beliau yg slmt tiba jam 1 pagi dijadualkan akan bsama pasukan pas kawasan indera mahkota & jabatan amal.Bantuan Banjir Indera Mahkota

Tuduh Syiah - Mat Sabu Akan Saman Zahid Hamidi
Dalam reaksi awalnya, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Ahmad Zahid itu.Mat Sabu: Saya Pengikut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.
"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke lura negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.
Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut.
PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.
-astroawani
Isu Mat Sabu, Pas tak terlibat'
SHAH ALAM - Pas hari ini menegaskan dakwaan terhadap Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu adalah serangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan parti.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah serangan terbuka dan bersifat peribadi.
Menurutnya, Mohamad atau Mat Sabu wajar mengambil tindakan terhadap kementerian tersebut.
"Itu adalah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu.
"Kita tak akan masuk campur. Wajar Mat Sabu bertindak dan ambil tindakan terhadap menteri itu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, media melaporkan Ahmad Zahid dalam ucapan pergulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.
Ahmad Zahid juga memberikan 'lampu hijau' kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya.
"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas.
"Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.
Dalam pada itu, Mustafa juga berkata, Pas di peringkat pusat tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai ajaran Syiah yang diamalkan oleh pemimpin parti termasuk Mat Sabu.
"Kita diperingkat Pusat memang tak pernah terima apa-apa laporan," katanya.
Dalam perkembangan sama, apabila ditanya adakah selepas mendengar dakwaan terbuka Ahmad Zahid, Pas akan membuat siasatan terhadap pemimpin nombor dua parti itu, Mustafa berkata :
"Kita tak akan buat demikian, sebab tak ada laporan, itu kita serahkan kepada Mat Sabu," katanya lagi.
BLM.





0 comments:
Post a Comment