Monday, 9 December 2013

PAS Perak tidak pernah menyesal memecat Kazim - Ceramahnya merugikan Pas...

Selasa, 10 Disember 2013
Ceramah-ceramahnya telah merugikan Pas dan menguntungkan Umno

IPOH – Pas Perak tidak pernah menyesal memecat Mohammad Kazim Elias biarpun penceramah bebas itu sudah menolak pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. 

Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pemecatan Ustaz Kazim bukan satu kerugian kepada Pas kerana parti ini mempunyai ramai tokoh-tokoh agama. Menurutnya, keputusan Pas itu dilihat tepat kerana selama ini Ustaz Kazim merugikan parti itu. 

“Semasa dia (Ustaz Kazim) di dalam Pas, beberapa kenyataan dikeluarkan melalui ceramah-ceramah telah merugikan Pas dan menguntungkan Umno," katanya .semalam. Mohd Akmal berkata, Pas terbuka menerima sebarang kritikan atau pandangan tetapi biarlah melalui saluran betul. Menurutnya, bagaimanapun, sekiranya Ustaz Kazim mahu kembali kepada Pas, kepimpinan berkemungkinan akan mempertimbangkannya dengan membuat rayuan kepada Pas Pusat. 

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria ketika mengulas isu sama berkata, beliau mengakui ketokohan dan ilmu dimiliki Ustaz Kazim, bagaimanapun sejak 2008, tindak tanduknya tidak lagi mesra Pas. “Dia (Ustaz Kazim) mula berceramah di pentas-pentas Umno dan memburuk-burukkan Pas. 

Kita ada rakaman dan bukti. “Dia buatkan ahli dan penyokong keliru. Jadi lebih baik kita pecat dia demi kebaikan Pas sendiri,” katanya. Isu mengenai pelantikan Ustaz Kazim sebagai ahli MT Umno hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. 

Pemuda Pas Perak kemudiannya tampil mengemukakan bukti bahawa penceramah bebas itu merupakan ahli Pas Kawasan Tambun sebelum Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan Ustaz Kazim telah dipecat daripada parti. SH

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena