Saturday, 14 December 2013

Rozita & Zain Puas... & Ayah pula penat!..(tergenang air mata)

Ahad, 15 Disember 2013

Rozita & Zain Puas Hati Majlis Capai ‘Wedding Of The Year’

che ta
Zain dan Rozita bersyukur majlis berjalan lancar foto kredit The Star Online. SHAH ALAM: Pasangan selebriti Zain Saidin, 29,dan Rozita Che Wan, 40, berasa lega dan berpuas hati apabila ketiga-tiga majlis perkahwinannya berjalan lancar seperti dirancang. Zain berkata, tekanan berakhir apabila berjaya merealisasikan majlis perkahwinan tersebut sebagai ‘wedding of the year’ seperti yang diharapkan semua […]
Posted 2013/12/15 by 

PERKAHWINAN YANG DIBERKATI ALLAH


Ayah penat!..(tergenang air mata)
Macik Noli e.mail kepada Pakman post seperti tajuk diatas.
Terima kasih macik..semoga anak anak semua dapat manaafaat daripada
tulisan Makcik.

Perkahwinan Yang Diberkati Allah
Tahniah kepada semua ahli keluarga yang telah melalui proses perkahwinan yang diredhai Allah. Pengantin yang mengharapkan perkahwinan yang diberkati Allah, InsyaAllah bakal melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Zuriat inilah kelak yang akan menyejukkan hati ibu bapa sepanjang hayat bahkan yang penting sekali bakal membahagiakan ibu bapanya di akhirat kelak. Matlamat mendirikan ‘masjid’ atau baitul muslim (rumah tangga Muslim) mestilah berbeza dengan rumah tangga ‘non muslim’.

Bahagia rumah tangga Muslim tidak sama dengan bahagia rumah tangga non-muslim. Matlamat kebahagiaan rumah tangga Muslim tidak terpisah dari matlamat untuk mendapatkan keredhaan dan pujian dari Allah SWT. Inilah visi kehidupan suami isteri Muslim. Allah adalah matlamat kita. Sebaliknya bahagia rumah tangga non-muslim semata-mata mengharapkan ganjaran dunia dan kepuasan hawa nafsu. Dunia dan hawa nafsu ini kelak yang akan mengheretnya ke jurang neraka.

Bertaubat dan betulkan kesilapan

Ramai ahli masyarakat tidak sedar bahawa cara mengadakan majlis perkahwinan dan pertunangan banyak memberi kesan positif atau negatif kepada planning mereka untuk melahirkan zuriat yang soleh. Mereka hanya tahu bersungut jika anak degil tak minat atau tidak cenderung pada agama Islam. Tapi mereka lupa apa yang mereka telah lakukan sebelum, semasa dan selepas mereka berkahwin. Sejarah hitam pasti berulang jika kita tidak ’break’ dengan ilmu dan penghayatan agama yang mendalam seikhlas hati.

Sketsa I

Anak : Ibu dan ayah tak nak tengok ke gambar pertunangan Laila? Terkejut beruk tengoknya...dah le ’make-up’ tebal macam pelakon wayang Cina, baru bertunang dah ambil gambar bersalam dan cium tangan tunang...

Ayah : Astaghfirullah al ’azim, betul ke? Patut le di Mekah lagi hati ayah ni tak nak menanya-nanya pasal majlis pertunangan tu, jauh lagi nak ucap Tahniah. Kita ucap takziah pada keluarganya kerana adanya campur aduk maksiat dalam pertunangan keluarga Islam.

Ibu : Nampaknya usaha buat tazkirah lebih setahun dalam keluarga ni... macam mencurah air di daun keladi, tak berkesan langsung di hati ibu bapa dan anak- anak. Ibu kesiankan ayah, berusaha mati-matian demi keluarganya tapi disia-siakan oleh ahli keluarganya sendiri (adik beradik dan anak-anak saudara).
Lihatlah siang tadi, adik perempuan kandung ayah keluar rumah macam nyonya tak pakai tudung, tak ada rasa berdosa langsung. Kesian tengok ayah, nak tegur tapi nak jaga hati adik. Anak ibu jangan sekali-kali kecewakan ayah, ayah penat!..(tergenang air mata)

Ayah :Hati mereka belum rasa nak faham Islam. Ayah bersyukur, ramai sahabat-sahabat yang menghargai dan menjadi pendukung yang kuat dalam kerja dakwah ini. Isteri dan anak ayah adalah sahabat yang paling memahami hasrat ayah. Penat macam mana sekalipun, tugas ayah dalam keluarga ayah akan ayah teruskan sampai mati. Anak ayah akan teruskan tugas ini kalau ibu dan ayah dah tiada lagi di dunia ini.

Anak : Insya Allah, doakan panjang umur dan dapat ’sebaik-baik perhiasan di dunia’.

Ibu : Itulah yang ibu doakan sepanjang berada di Mekah dan Madinah dan di waktu sujud terakhir setiap kali solat. ”Ya Allah , jodohkanlah anakku dengan sebaik- baik wanita yang bakal menghuni syurga-Mu”. Ibu doa sampai menitis air mata, penuh harap Allah kurniakan sebaik-baik perhiasan dunia untuk anak ibu.

Ayah : Tepat pilihan anak ayah. Sabda Nabi saw ”sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri solehah”. Barulah doa ”ya Allah kurniakan kebaikan untukku di dunia dan akhirat” akan 



dimakbulkan oleh Allah. Insya Allah. Anak ayahlah satu-satunya harapan yang akan meneruskan majlis walimah yang diberkati Allah. Mudah-mudahan cucu cicit ayah kelak lebih soleh dan solehah, dan menyenangkan hati anak dan menantu ayah. Insya Allah. 


Jika anda mempunyai selimut atau pakaian tambahan membawa kepada alamat berikut. Kami memerlukan :

✓ Kewangan (bagi membeli makanan & perubatan)
✓ Baju sejuk
✓ Selimut Tebal (Toto)
✓ Stokin tebal
✓ Sarung tangan tebal
✓ Topi musim sejuk (headcover)

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN 15/12/2013

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

MAYBANK - 562106630487
( PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA )

Alamat:

1) SYRIA CARE OFFICE
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
* Saudari Fauziah 01137030900
 — at Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria.

Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena