Friday, 13 December 2013

Akhbar 'The Heat' pula terima surat tunjuk sebab daripada KDN...(keborosan Rosmah dan Najib?)

Jumaat, 13 Disember 2013

'The Heat' terima surat tunjuk sebab kerana siarkan keborosan Rosmah dan Najib ?

Nampaknya menerbitkan artikel berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor boleh menyebabkan sesuatu organisasi bermasalah.

Malaysiakini difahamkan, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mingguan The Heat berhubung artikel berjudul "All eyes on big spending Najib" dalam keluaran Novembernya.

The Heat sebuah penerbitan bawah Kumpulan HCK Capital yang diterajui oleh ahli korporat Clement Hii. Sumber enggan mendedahkan kandungan surat itu.

Begitu juga Ketua Pengarang David Lee Boon Siew.

 "The Heat tiada komen untuk diberikan," katanya ketika diminta mengesahkan menerimat surat tunjuk sebab itu.

Sebelum ini, Malaysian Insider melaporkan, Pejabat Perdana Menteri mengarahkan Astro Awani menarik balik artikel berhubung Rosmah, yang ditulis berdasarkan tulisan bekas tokoh wartawan A Kadir Jasin di blog.. lihat di bawah,


Kalau betullah laporan dari Malaysiakini tu... persoalannya disini ialah sejak bila semua media cetak tidak dibenarkan menyatakan yang benar?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena