Polis Syariah Aceh botakkan kepala 60 peminat muzik punk rock
Gambar hiasan/ustazcyber
Polis syariah: IGP jumpa Jakim secepat mungkin
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau akan berbincang dengan ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung cadangan penubuhan pasukan 'polis syariah' bagi membanteras ajaran sesat dan fahaman syiah.
Katanya, pertemuan tersebut akan dilakukan secepat mungkin dan "ada sedikit pengubahsuaian".
Beliau bagaimanapun tidak menghurai dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan pengubahsuaian itu.
"Sebagaimana yang saya telah sebut, kami sedia membantu Jabatan Agama Islam (Negeri-negeri) Jakim dalam menguatkuasakan undang-undang termasuk undang-undang syariah di negeri-negeri.
"Mengikut akta syariah negeri, memang pun, polis diberi sebahagian daripada kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang itu. Jadi kita akan memberikan kerjasama," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung KDN sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.
Ahmad Zahid berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
BLM/Jeebond
0 comments:
Post a Comment