Thursday, 6 November 2014

Cop Umno (parti Melayu) parti RASUAH...Noh soal Dr M!

Jumaat, 7 November 2014

Sejak bila orang cop Umno parti rasuah, Noh Omar soal  Mahathir


Menjawab kritikan bekas perdana menteri yang berpengaruh terhadap Umno Selangor, Noh Omar meminta  Mahathir Mohamad menjelaskan sejak zaman bila orang ramai mula mengaitkan parti Melayu itu dengan rasuah?
Pengerusi Badan Perhubungan Selangor Umno itu turut menggesa agar Dr Mahathir memberi komen secara spesifik berhubung desakannya agar Umno Selangor dibubarkan semalam.
“Bukanlah kita kata bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila?” katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Noh berkata, pada dasarnya Umno Selangor menerima segala pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir namun saranan yang diberikan perlu lebih spesifik.
Katanya, pemimpin Umno di Selangor adalah pilihan ahli parti sendiri dan gesaan untuk berundur adalah satu pandangan yang subjektif.
“Kita Umno Selangor terima pandangannya. Kita akan buat pembaharuan.
“Dia suruh siapa berundur? Umno Selangor tu siapa? Saya hendak komen macam mana kalau tidak ada spesifik. Hendak undur apa? Yang duduk di Umno Selangor itu semua ketua bahagian. Ketua bahagian yang dipilih oleh orang Umno, oleh perhimpunan.
“Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?” katanya kepada The Malaysian Insider.
Mahathir semalam berkata, Umno Selangor perlu menerima hakikat untuk berundur selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.
Katanya, Umno Selangor perlu berubah dengan melakukan pembubaran dan penyusunan semula, terutamanya dengan bersedia menerima ramai ahli baru, termasuk yang berbakat.
"Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya.
"Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan Umno, tetapi memperkuatkan kedudukan mereka," katanya menerusi blog popularnya itu.
Noh turut menafikan dakwaan Mahathir yang mendakwa parti Melayu itu tidak berminat menerima ahli baru.
Katanya, segala dakwaan yang diutarakan bekas presiden Umno itu perlu dibuat secara khusus agar pihaknya dapat mengambil langkah penambahbaikan.
“Saya hendak beritahu, kena spesifik. Kita di Selangor terbuka kepada semua orang. Di mana kita sekat jadi ahli?
“Kalau boleh spesifik, ahli Umno mana yang ditolak, kita bolehlah tahu. Setahu kita, kita buka semua,” katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sejak-bila-orang-cop-umno-parti-rasuah-noh-omar-soal-dr-mahathir#sthash.wqiF72sd.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena