GEMPAR! BERIBU BRONOK TERDAMPAR DI PANTAI
Beribu bronok terdampar dipantai Kuala Muda berhampiran Hotel Langkawi Lagoon dan Four Points Langkawi. Bronok spesis laut yang hidup di pantai yang berselut dan amat sedap dibuat KERABU....kejadian pada 4hb.Nov.2014Admin dimaklumkan kawasan pantai tersebut terlibat dengan kejadian tsunami Aceh dan bagi penduduk tempatan pantai tersebut juga dikenali pasir berdengung. Dan amat popular dengan bronok dan siput retak seribu dan hari-hari ada pencari bronok disana untuk dijual. Harga yang dijual kira-kira RM5.00 sekilo....
Kejadian petang kelmarin,berlaku satu fenomena aneh di pantai Kuala Muda berhampiran Langkawi Lagoon dan Four Point Langkawi apabila beribu-ribu ekor "Bronok" dilihat naik dan terdampar di atas darat.
Bagi yg tak mengenali apa itu "Bronok",Bronok atau nama saintifiknya iaitu Acaudina Molpadioides merupakan sejenis haiwan hidupan laut seperti gamat ataupun timun laut. Bentuknya seakan-akan lintah gergasi yg berwarna merah jambu atau coklat.
Bronok tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari atau haba yg kuat kerana ianya isi fizikalnya yg kenyal itu akan menjadi cair. Bronok juga merupakan makanan eksotik yg sangat lazat dan terkenal di kalangan rakyat Langkawi kerana ianya dijadikan kerabu mentah.
Jadi, adalah sangat misteri apabila Bronok naik terdampar ke pantai secara berjamaah kerana ia merupakan haiwan yg berada di dalam laut terutama laut yg berselut. Apakah petandanya ini? Ironinya,petang ini juga akan diadakan latihan simulasi penggera siren tsunami di beberapa lokasi di Langkawi. Mungkinkah akan berlaku bencana atau kejadian luarbiasa? Waallahualam. ~Mf

Kedahkini.
0 comments:
Post a Comment