Sunday 2 November 2014

Gadis Melayu risau GST 6% Kos berkahwin naik! Mampukah Najib menangguhkan GST?

Ahad, 2 November 2014

Makan potai semula jadi...



berkahwin gst

Gadis Malaysia Mula Risau Gelombang GST 6% Terhadap Kos Perbelanjaan Berkahwin Naik!

Gadis Malaysia Mula Risau Gelombang GST 6% Terhadap Kos Perbelanjaan Berkahwin! : Satu belah pihak (termasuk ahli ekonomi, pemain industri) mengatakan dan menasihatkan kalangan muda-mudi yang merancang untuk berkeluarga supaya berkahwin segera iaitu sebelum 1 April 2015. Mengapa?
Dengan harapan anda yang belum berkahwin dapat mengelakkan sedikit sebanyak beban gelombang GST 6% bermula 1 April 2015. Dalilnya yang digunakan cukup mudah, jikalau dahulu hanya beberapa sektor, perkhidmatan dan barangan yang dikenakan SST tetapi dengan GST hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan dikenakan GST kecuali...

Gelombang GST 6% Terhadap Kos Perbelanjaan Berkahwin?

Tetapi, baru-baru ini Ahmad Maslan tampil memberikan jawapan balas melalui kemudahan Whatapps mengatakan selepas menjawab kerisauan seorang gadis yang merancang berkahwin tidak lama lagi :
Banyak barang seperti pakaian, perabut, barangan elektrik, kasut, alat solek dan lain-lain lagi sekarang ini ada 10% cukai jualan yang dikutip oleh Kastam di kilang-kilang berkaitan. Kilang tidak serap kos 10% itu & pindah kepada pemborong pindahkepada kita pengguna secara purata kesan 10% itu akan menjadi 18% dalam harga barangan yang ada. Itu tak baiknya sistem SST sales & Services Tas sekarang ini.
Jadi dengan GST Goods & Service Tax pula tiada dah 10% jadi 18% itu. Yang ada hanya 6% sahaja kepada pakaian, perabut, barangan elektrik untuk hiduo seharian termasuk kepada pengantin.
BERITA SEMASA

Mampukah Najib menangguhkan GST?

Published: 1 November 2014
Kritikan Tengku Razaleigh Hamzah pada saat-saat ini sangat menggugat kedudukan kerajaan Persekutuan.
Selaku mantan menteri kewangan, beliau masih punya pengaruh politik yang luas dan pandangannya masih berbisa dalam urus tadbir kewangan negara.
Belanjawan 2015 merupakan ikhtiar Datuk Seri Najib Razak bagi mengimbang tuntutan fiskal dan keperluan rakyat. Dewan Rakyat sedang sengit membahaskan belanjawaan ini.
Cukai barangan dan perkhidmatan atau GST, antara peruntukan penting dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015. Sebagai sebuah sistem percukaian yang berasas-meluas (broad-based) yang kononnya lebih adil, pentadbiran Najib berkempen agresif bagi rakyat terima propaganda mereka.
Betul, ia sedikit membebankan rakyat, dakwa mereka, tetapi slogan dan tagline kempen BN adalah ‘GST baik untuk anda dan akan membantu rakyat’. Lebih berani lagi, ada tagline yang berbunyi ‘GST menurunkan harga barangan dan perkhidmatan’.
Peliknya, Najib tahu mereka berbohong lalu bagi mengurangkan beban yang bakal ditanggung rakyat, kerajaan prihatin Najib dan Barisan Nasional meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pelbagai pengurangan cukai pendapatan peribadi dan korporat.

Dalam surat setebal 16 mukasurat yang diedarkannya, Ku Li (panggilan mesranya) memohon semua ahli Parlimen menyokong usulnya untuk GST ditangguhkan. Ku Li lantas mengecam Najib sebagai tidak peduli rakyat atau ‘uncaring’!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena