Tuesday 5 May 2015

Kempen kotor: 'Tanya lembaga disiplin PAS'

Selasa, 5 Mei 2015

Kempen kotor: 'Tanya lembaga disiplin PAS'


Tidak seperti selalu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi hari ini menyerahkan isu kempen kotor kepada lembaga disiplin parti untuk mengulasnya.

“Tanya pada lembaga disiplin,” katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang media pemilihan PAS di Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun menegaskan sudah tidak menerima sebarang laporan baru mengenai keadaan itu selepas mendedahkan perkara itu sebelum ini.

“Selepas itu (kenyataan sebelum ini) saya sudah tidak terima laporan.

“Saya hanya komen kalau ada laporan,” katanya.

Asmuni sebelum ini mengakui mengakui proses pemilihan PAS dicemari kempen kotor, walaupun ia bercanggah dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Asmuni juga tidak menolak kemungkinan ia didalangi pihak luar yang ingin mengambil kesempatan.

Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena