Monday 4 May 2015

Solidariti bersama PM, Ketua Bahagian Umno dapat RM500,000?

Isnin, 4 Mei 2015
BUKU TERBARU DATUK A KADIR JASIN KINI DI PASARAN!

Solidariti bersama PM, ketua Umno dapat RM500,000?

KUALA LUMPUR: Satu lagi majlis solidariti dengan Perdana Menteri akan diadakan pada 11 Mei ini, ujar Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.

Menulis dalam blognya hari ini, beliau difahamkan majlis itu oleh sumber-sumber Umno.

Menurutnya, sumber-sumber itu mendakwa di majlis itu, Najib akan memberi peruntukan khas RM500,000 seorang kepada kira-kira 60 orang Ketua Bahagian Umno yang bukan wakil rakyat.

"Kalau betul, kita perlu pastikan sama ada peruntukan itu daripada sumber kerajaan, parti atau tajaan pihak-pihak tertentu.

"Kalau ia daripada Perbendaharaan, kita perlu pastikan sama ada peraturan kewangan kerajaan membenarkan duit negara diberikan kepada atau disalurkan melalui Ketua Umno Bahagian," tulisnya lagi.


Baca lagi

Lagi Solidariti Dengan PM Dirancang

Saya difahamkan oleh sumber-sumber Umno bahawa satu lagi majlis solidariti (daripada perkataan Inggeris “solidarity” yang bererti perpaduan) dengan Perdana Menteri akan diadakan pada 11 Mei ini.

Sumber-sumber itu mendakwa di majlis itu, Mohd Najib akan memberi peruntukan khas RM500,000 seorang kepada kira-kira 60 orang Ketua Bahagian Umno yang bukan wakil rakyat.

Kalau betul, kita perlu pastikan sama ada peruntukan itu daripada sumber kerajaan, parti atau tajaan pihak-pihak tertentu.

Kalau ia daripada Perbendaharaan, kita perlu pastikan sama ada peraturan kewangan kerajaan membenarkan duit negara diberikan kepada atau disalurkan melalui Ketua Umno Bahagian.

Sumber-sumber yang sama terbukti berwibawa apabila memberitahu saya kurang dua minggu lalu mengenai 1MDB. Mereka mendakwa telah melihat dan meneliti “akaun” 1MBD dan sedang mengambil tindakan menghalang isu berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan itu daripada mengancam ekonomi negara dan kredibiliti Umno.

Sumber-sumber itu mendakwa pertanyaan Ketua Umno Cheras, (Datuk Seri) Syed Ali Alhabshee dalam blongnya mengapa pihak berkuasa lambat menyoal siasat ahli perniagaan misteri, Jho Low, adalah sebahagian daripada gerakan menyelamatkan Umno dan kerajaan.

Jho Low didakwa sangat akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah, dan terbabit dengan 1MDB sejak syarikat pelaburan strategik itu masih dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA).

Ini terbukti apabila dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat 16 Mac lalu, Mohd Najib mempertahankan Jho Low dengan mengatakan usahawan kelahiran Pulau Pinang itu tidak terbabit dengan 1MDB.

Saya fahami mesej sumber-sumber Umno itu sebagai menegaskan bahawa kesinambungan Umno adalah lebih penting daripada kelangsungan (survival) mana-mana individu.

Wallahuaklam.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena