Friday 7 August 2015

Lawak Isu #derma RM2.6b - Najib makin tersepit...MT dan JK Perhubungan Umno Negeri tak tau pun!

Jumaat, 7 Ogos 2015
Wan Emdibi Bin Wan Kamarudin
Wan Emdibi Bin Wan Kamarudin [2]

Najib Makin Tersepit.. MT Umno Pula Buat Pendedahan


Najib Makin Tersepit.. MT Umno Pula Buat Pendedahan. Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima.

"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena