Saturday 1 August 2015

'PM terpalit SKANDAL hutang' Najib digesa nafikan kenyataan Azalina - Mohd Fitri Asmuni T/K Pemuda GHB Perak

Ahad, 2 Ogos 2015
Nizar bersama Loyar Mohd Fitri Asmuni dan Amran Harun


Najib terpalit skandal hutang RM42 bilion..
BUKAN ISU PENTING !!!

RM2.6 bilion masuk akaun bank peribadi Najib..
juga BUKAN ISU PENTING !!!

YANG PENTING.. jaga hati rakyat supaya UMNO & BN BOLEH MENANG lagi 'rompak' kekayaan negara & kantong rakyat...

1 hr · 
 

APA DAH JADI dgn Menteri Agama, Mufti, Ularmak2 UMNO..??!!

Makan gaji buta atau SUDAH MATI KA... KAMU berkerja utk cari redha Allah atau cari REDHA UMNO !!!

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda;

"Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, ORANG RAMAI AKAN MEMILIH ORANG-ORANG YANG JAHIL SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." -(H.R. Muslim)

Najib Digesa Nafikan Kenyataan Azalina - Pemuda GHB Perak

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA HARAPAN BARU NEGERI PERAK
31 JULAI 2015

NAJIB DIGESA NAFIKAN KENYATAAN AZALINA

PEMUDA HARAPAN BARU NEGERI PERAK terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru sahaja dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataannya di dalam satu laman portal, Azalina berkata, pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa wang berjumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib bukanlah isu besar. 

Azalina juga menyatakan, tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

Kami menyifatkan, kenyataan Azalina itu secara tidak langsung membenarkan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) mengenai perkara itu.

Datuk Seri Najib perlu segera menafikan kenyataan Ahli Parlimen Pengerang itu dan jika beliau berdiam diri, seolah-olah apa yang dikatakan oleh Azalina adalah benar.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Azalina, Datuk Seri Najib mesti memberikan justifikasi dan meyakinkan rakyat mengapa sejumlah wang bernilai tinggi yang dimasukkan ke dalam akaunnya itu tidak menjadi masalah besar.

Pemuda Harapan Baru Negeri Perak juga menggesa Perdana Menteri mendedahkan siapa individu atau pihak yang sanggup menyalurkan wang sebesar itu ke dalam akaun peribadinya.

Sudah pasti rakyat akan mempersoalkan apakah yang telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak sehingga pihak tersebut sanggup menyalurkan wang sebesar itu ke dalam akaun Datuk Seri Najib.

Jika Azalina mengatakan wang tersebut bukan untuk Umno, Datuk Seri Najib perlu menjelaskan wang tersebut untuk siapa. Jika untuk Umno, kenapa Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno tidak mengetahui tentang perkara itu sehingga ia didedahkan oleh pihak lain.

Justeru itu, sekiranya dakwaan Azalina itu tidak benar, kami menggesa Datuk Seri Najib mengenakan tindakan ke atas Azalina atau memecat menteri yang baru dilantik itu kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan aspirasi kabinet. Ini kerana kenyataan itu boleh melemahkan keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib dan barisan kabinetnya.

Kami menggesa Najib membuka mulut dan memberikan penjelasan kepada rakyat kerana isu tersebut adalah isu serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan maruah negara. Jika beliau gagal memberikan penjelasan, adalah lebih bermaruah sekiranya beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri!

MOHD FITRI ASMUNI
Timbalan Ketua,
Pemuda Harapan Baru Negeri Perak

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena