Friday, 4 September 2015

APAKAH ‘GAME’ ANWAR? Keadilan jangan silap pilih kawan..."Pas sudah menolak idea perpaduan Pakatan Rakyat"

Sabtu, 5 September 2015

PKR MAHU PAS, AMANAH BERSAMA PAKATAN BARU: APAKAH ‘GAME’ ANWAR?

PKR mahu Pas, AMANAH bersama Pakatan Baru: Apakah 'game' Anwar?

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut PAS masih menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.
Beliau berkata adalah mustahil bagi PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang belum didaftarkan penubuhannya untuk sama-sama menganggotai pakatan itu.
Salleh berkata Pakatan Rakyat perlu memilih satu daripada dua parti itu untuk menjadi rakannya.
“Bagaimana kita hendak memahami kenyataan Anwar itu? DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah mati dan sudah tidak wujud lagi.
“Jadi, bagaimana PAS masih boleh menjadi sebahagian daripada pakatan yang tidak wujud itu?,” tanya Salleh dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com hari ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan peguamnya semalam, Anwar berkata Amanah akan memperkukuhkan lagi kedudukan pembangkang, bersama-sama PKR, PAS dan DAP serta akan meluaskan kerjasamanya dengan pertubuhan bukan kerajaan yang berkongsi dan komited terhadap objektif bersama mereka.
“Mereka tidak boleh mempunyai kedua-duanya secara serentak. Sama ada Anwar yang tidak faham atau beliau menyangka bahawa kita yang tidak faham perkara ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena