Saturday 5 September 2015

Baiah senjata memakan PAS...“Saya kasihan pada isteri wakil rakyat PAS" kata Dr Ramlah Adam

Sabtu, 5 September 2015

Baiah senjata memakan PAS

Bai'ah talak tiga: Tolong pergi tanya orang PAS - Dr Hatta
DR HATTA: Saya parti lain. Itu tanya orang PAS. Saya tidak tahu apa-apa mengenainya sebab saya bukan lagi bersama PAS - Gambar fail

Tindakan PAS menjadikan ‘talak’ sebahagian daripada kandungan baiah untuk menjadi calon pilihan raya parti itu kini menjadi senjata memakan diri.
Malah, Datuk Dr Ramlah Adam juga berpendapat tindakan tersebut memperlihatkan isteri pemimpin PAS ibarat barang mainan yang boleh ditukar ganti, selain direndahkan martabat mereka.
“Saya sedih bagi pihak mereka (isteri wakil rakyat PAS). Mereka seperti barang, seolah-olah dijadikan alat politik.
“Saya kasihan pada isteri wakil rakyat PAS. Mereka ini jadi barang permainan, menjadi tukar ganti. Seolah-olah tidak ada harga diri, tidak ada perasaan dan tidak boleh membuat keputusan sendiri serta perkara ini paling merendahkan martabat wanita,” katanya ketika dihubungiMalaysiakini.
Isu baiah timbul selepas sekumpulan bekas pemimpin kanan PAS mengumumkan menyertai kumpulan baru melalui Parti Amanah Nasional (AMANAH).
Ia bercanggah dengan baiah (sumpah) diucapkan calon PAS di negeri tertentu sebelum menyertai pilihan raya iaitu akan jatuh talak ke atas isteri masing-masing jika meninggalkan parti berkenaan.
Di sesetengah negeri ia melibatkan lafaz cerai talak tiga, seperti kes didakwa melibatkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan, Dr Hatta Ramli.
Pertikaian semakin panas selepas Menteri Besar Kelantan - juga Timbalan Mursyidul Am PAS - Datuk Ahmad Yaakob yang mengesahkan pernikahan Dr Hatta secara automatik terbubar.
Jika percaya, terpulanglah
Mengulas lanjut, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia di Universiti Malaysia Perlis itu berkata, keadaan menjadi lebih malang apabila si isteri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suami mereka daripada berbaiah.
“Saya percaya mereka tidak terlibat dalam baiah itu, tetapi baiah ditandatangani dan menjadi dokumen rasmi. Kalau dibawa ke mahkamah pun ia akan diterima.
“Isteri tidak tahu apa-apa dan kalau mereka tahu sekali pun mereka tidak ada kuasa sebab yang buat keputusan adalah parti dan juga suami dia,” jelas Ramlah.
Bagaimanapun, menurut Ramlah, isteri wakil rakyat PAS boleh merujuk perkara tersebut ke mahkamah bagi mendapatkan kepastian berhubung status mereka.
Namun, ujar Ramlah terpulanglah kepada mereka jika merasakan sebaliknya.
“Kalau mereka akur dan percaya ia betul, kita tidak boleh berbuat apa. Terpulanglah," katanya.
Ramlah juga berpendapat sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam PAS tidak sewajarnya berbuat demikian kerana tindakan mengenakan sumpah baiah beserta talak mempersendakan agama.
“Parti ini menggunakan Islam sebagai satu permainan politik.
“Itulah padahnya jika kita mempermainkan agama. Seeloknya politik tidak dicampur adukan dengan agama,” kata Ramlah.
Datuk Dr Ramlah Adam
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena