Saturday 10 October 2015

Bangkai pesawat dipercayai milik MH370 ditemui nelayan di selatan perairan Filipina...Polis Terima Laporan!

Ahad, 11 Oktober 2015

Bangkai pesawat dipercayai milik MH370 ditemui nelayan di selatan perairan Filipina

KUALA LUMPUR: Polis Sabah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan serpihan pesawat di selatan perairan Filipina pada Sabtu.

Sugbay

Menurut laporan yang diterima, bangkai berkenaan dipercayai milik MH370 kerana terdapat bendera Malaysia pada pesawat tersebut.

Laporan the Star yang dipetik sebagai berkata, laporan polis mengenai penemuan itu dibuat seorang lelaki yang percaya bangkai pesawat dengan tulang manusia di dalamnya adalah milik MH370.

Bangkai pesawat itu dikatakan ditemui anak saudaranya di Pulau Sugbay, ke selatan Pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina beberapa hari lalu.

Dia bertindak mengambil bendera Malaysia tersebut sebelum memaklumkan kepada bapa saudaranya.

Sementara itu, Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan tersebut dan akan menjalankan siasatan.

Pesawat malang itu membawa 239 penumpang dan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum dilaporkan hilang.
Batu vs kayu.

Polis Terima Laporan Dakwaan Temui Bangkai Pesawat MH370 Bersama Rangka Manusia

Posted by Kita Bantai
MH370

KOTA KINABALU: Polis Sabah telah mengesahkan mereka menerima satu laporan tentang penemuan sebuah bangkai pesawat yang mempunyai logo Malaysia di pulau Ubian , selatan kepulauan Filipina.

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang lelaki yang turut mendakwa bangkai berserta mayat manusia itu ditemui oleh saudaranya pada awal bulan September.

Lelaki terbabit membuat laporan bagi pihak saudaranya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu membuat laporan itu di Balai Polis Sandakan pada hari Sabtu.

"Perkara ini sedang disiasat", katanya memetik laporan The Star.

Menurut laporan, lelaki berusia 40-an yang bekerja sebagai juruteknik audio visual itu, saudaranya beserta beberapa yang lain sedang memburu burung ketika mereka menjumpai bangkai tersebut.

Mereka kemudiannya mendekati bangkai itu dimana mereka menjumpai rangka manusia. Mereka juga turut menjumpai rangka di bahagian tempat duduk juruterbang yang masih lagi memakai tali pinggang.

Sebelum meninggalkan tempat kejadian, mereka mengambil satu bendera yang dijumpai bersama bangkai itu.

Lelaki terbabit kemudian memberitahu polis mengenai penemuan bangkai tersebut yang mungkin pesawat MH370 yang dicari-cari selama ini. 


MH370

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena