Friday 9 October 2015

2 kanak-kanak OA, mayat ditemui di bawah akar pokok besar, kata polis...Mereka hanya makan rumput dan buah.

Jumaat, 9 Oktober 2015
2 kanak-kanak Orang Asli, mayat ditemui di bawah akar pokok besar, kata polis 


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata 2 mangsa yang masih hidup itu, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 12.15 tengah hari, bersama satu mayat perempuan. 
"Mayat yang ditemui pula dikenali sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman yang dilakukan oleh ahli keluarganya petang ini di Hospital Gua Musang. Mangsa meninggal dunia kira-kira 4 hari lepas," katanya pada sidang media di Hospital Gua Musang, hari ini.
Mazlan berkata Miksudiar dan Norieen ditemui dalam keadaan lemah kerana dehidrasi dan hasil temu bual awal dengan kedua-dua mangsa mendapati mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan.
Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas hilang 48 hari, adalah antara 7 murid Orang Asli iaitu 6 perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi.
Mereka dipercayai melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lepas.
Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat pada Rabu lepas menemui 1 mayat kanak-kanak perempuan yang reput di sungai itu. Kanak-kanak perempuan itu dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.
Semalam, sebahagian tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk kanak-kanak ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mayat Sasa. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.
Berdasarkan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan usaha mencari baki murid-murid yang masih hilang.
Setakat ini, 3 murid yang masih belum ditemui dan dikenal pasti adalah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Haikal Yaakob, 8.
Mazlan berkata lokasi penemuan 5 mangsa setakat hari ini masih dalam kawasan pencarian pasukan SAR dan murid-murid itu berkemungkinan menyembunyikan diri ketika pasukan SAR melaksanakan operasi.
"Difahamkan mangsa yang masih hidup bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia, bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasikan sebagai hilang.
"Tiga mayat yang ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh ahli keluarga kerana laporan DNA belum dikeluarkan," katanya.
Ditanya mengenai penemuan rangka kanak-kanak pada petang semalam, Mazlan berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat pasukan patologi dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Terdahulu, suasana sayu dan pilu menyelubungi Pusat Operasi SAR SK Tohoi ketika kedua-dua mangsa dibawa ke pusat berkenaan untuk menerima rawatan awal kira-kira 1 tengah hari tadi.
Mereka yang dibawa keluar menggunakan pacuan 4 roda kemudian dibawa menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Gua Musang ketika tiba di SK Kuala Betis sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.
Suasana di perkarangan Unit Kecemasan Hospital Gua Musang sedikit kelam kabut dengan tangisan Rozita Behel, 41, dan ahli keluarga terdekatnya ketika menatap wajah anaknya, Miksudiar buat pertama kali selepas hilang selama 48 hari dalam hutan.
Hanya jeritan "saya sayang anak saya, saya sayang anak saya, saya sayang anak saya" kedengaran daripada mulutnya sambil disulami tangisan kegembiraan.
Sementara itu, suasana sedih menyelubungi bilik mayat Hospital Gua Musang apabila Ayel Ajib, 46, dan isterinya, Nora Tegeu, 39, keluar dari bilik berkenaan selepas membuat pengecaman ke atas mayat anaknya, Ika, kira-kira 5.30 petang.
Nora, dalam tangisannya hanya mampu menyebut nama Ika Ayel beberapa kali sambil ditenangkan suaminya serta petugas SAR yang fasih berbahasa Temiar.
Difahamkan, kedua-dua pasangan berkenaan mengecam mayat anaknya itu menerusi gelang tangan manik yang dibuat Nora dan dipakai Ika serta pakaian sukan yang dipakai mangsa. – Bernama, 9 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/2-kanak-kanak-orang-asli-mayat-ditemui-di-bawah-akar-pokok-besar-kata-polis#sthash.ZUQoZYJN.dpuf

6 gambar pihak keselamatan menjumpai 2 murid orang asli yang hilang

October 9, 2015



Semoga allah beri petunjuk di mana ada 2 lagi baki yang masih hilang.


Mereka hanya makan rumput dan buah...



Gua Musang: Dua kanak-kanak perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang 48 hari lalu dan ditemui selamat tengah hari tadi, dijumpai di bawah akar pokok besar yang bergayutan di tebing Sungai Perias, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata dua mangsa yang masih hidup itu, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 12.15 tengah hari, bersama satu mayat perempuan.

“Mayat ditemui pula dikenali sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman dilakukan anggota keluarganya di Hospital Gua Musang (HGM). Mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari lalu,” katanya pada sidang media di HGM di sini, hari ini.

Mazlan berkata, Miksudiar dan Norieen ditemui dalam keadaan lemah kerana dehidrasi dan hasil temu bual awal dengan kedua-dua mangsa mendapati mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan.

Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas 48 hari hilang, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lalu.

 - Bernama
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena