Friday 9 October 2015

Mahathir: Malaysia sudah jadi 'NEGARA PARIA' & K'jaan sengaja tukar BERSIH 4 jadi isu kaum.

Jumaat, 9 Oktober 2015

Mahathir: Malaysia sudah jadi negara paria

Selepas seorang lagi ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam isu berkaitan 1MDB, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan kerasnya.
“Di mata dunia, Malaysia sudah menjadi negara paria, negara yang sesiapa sahaja boleh diheret dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui undang-undang yang disalah guna dalam negara ini,” katanya.
Mahathir membangkitkan penahanan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan terbaru peguamnya Matthias Chang bawah Sosma.
Mereka dikaitkan dengan dakwaan cuba mensabotaj negara ini selepas Khairuddin membuat laporan berkaitan isu 1MDB di luar negara, termasuk biro siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.
Katanya, ramai orang yang tahu berkaitan dakwaan salah laku dalam kes 1MDN tidak akan tampil kerana bimbang ditahan bawah Sosma.

Dr M: K'jaan sengaja tukar BERSIH 4 jadi isu kaum

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh kerajaan sengaja menukar perhimpunan BERSIH 4 kepada isu perkauman untuk mengalih perhatian daripada skandal 1MDB.
Beliau juga mendakwa pentadbiran Najib menganjurkan perhimpunan balas Baju Merah yang telah dicemari kain rentang provokatif dan penghinaan kaum.
Diwawancara majalah The Diplomat, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno, ketika ditanya berhubung perhimpunan kontroversi 16 September itu, berkata:
"Ia dianjurkan oleh kerajaan. Mereka menukat demonstrasi BERSIH kepada perkara perkauman, orang Cina lawan orang Melayu, sedangkan ia tidak.".
"Tetapi mereka perlu mengalih perhatian mengenai tuntutan BERSIH berkaitan 1MDB kepada perkara lain dan mereka jadikan kaum sebagai isu. Ini suatu yang bahya, tetapi kerajaan mahu meraih sokongan rakyat kepada mereka," tambahnya.
Kerajaan dan Umno menjarakkan diri mereka daripada perhimpunan Baju Merah yang dianjurkan untuk mempertahankan maruah melayu walaupun beberapa pemimpin parti itu hadir dan menyampaikan ucapan berapi.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pemimpin tersebut mewakili NGO.
Malaysiakini.

PENERANGAN DAN DIALOG AMANAH

AMANAH

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena