Sunday, 4 October 2015

JEREBU: Guru, kakitangan dan pekerja sekolah juga tidak perlu hadir ke sekolah - Mahdzir

Ahad, 4 Oktober 2015

Sekolah di semenanjung kecuali K'tan tutup 2 hari mulai esok

Semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan diarah tutup dua hari bermula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di negeri berkenaan.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya akan memantau setiap jam keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak.
"Berikutan keadaan jerebu yang semakin serius di Semenanjung Malaysia dan berpotensi untuk terus meningkat, kementerian membuat keputusan untuk menutup semua sekolah kecuali Kelantan selama dua hari mulai esok," katanya kepada pemberita hari ini.
Bercakap pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang di Alor Setar, beliau juga berkata buat masa ini, peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak akan ditangguhkan.
Bagaimanapun kata Mahdzir, peperiksaan terbabit akan ditunda sekiranya tahap jerebu mencapai tahap darurat.
"Sekiranya jerebu sampai ke tahap yang perlu diisytiharkan darurat oleh kerajaan, pada waktu itu, barulah peperiksaan berkenaan akan ditangguhkan," katanya.
Justeru, pihak kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah diminta mengambil langkah membekalkan topeng muka kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing, katanya.
Mengulas lanjut mengenai arahan penutupan sekolah akibat jerebu itu, Mahdzir berkata, guru, kakitangan dan pekerja sekolah juga tidak perlu hadir ke sekolah.
Pengawal keselamatan bagaimanapun katanya, perlu berada di sekolah untuk tujuan menjaga keselamatan sekolah.
Katanya, pihak sekolah juga tidak perlu menggantikan hari persekolahan yang ditutup akibat jerebu.
-Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena