SUMBER: MyMediaHub
KUALA LUMPUR - Lewat petang tadi netizen digemparkan dengan video seorang pekerja asing di sebuah car wash ditampar oleh seorang pemandu Range Rover, viral di media sosial.
Susulan itu, ramai yang tertanya apakah punca sebenar lelaki itu menampar pekerja car wash yang berasal dari Bangladesh itu.
Seorang wanita yang dipercayai pemilik Car Wash berkenaan yang memuat naik video itu di laman Facebooknya memberikan penjelasan punca sebenar kejadian itu berlaku.
"Rakaman CCTV seorang lelaki Melayu memukul seorang Bangla yang sedang mencuci kereta kerana marah Bangla masuk dalam kereta dan menyebabkan keretanya kotor. Mungkin Bangla itu kotor, berpakaian lusah dan hina.
"Dia kemudiannya tidak mahu membayar kos cuci kereta, sebaliknya meminta wang RM1,000 sebagai gantirugi kerana tempat duduk telah dikotorkan ketika Bangla berkenaan sedang mengelap cermin," jelasnya.
Apa yang mengejutkan, kejadian itu tidak berakhir apabila lelaki itu kembali menyerang mangsa di belakang premis sehingga menyebabkan hidung mangsa patah dan mengalami pendarahan yang teruk.
"Rupa-rupanya dia (mangsa) kena belasah di belakang sampai berdarah-darah. CCTV belakang pula tak berfungsi. Tetapi kesan darah atas lantai ada," katanya yang juga mengesahkan kakitangannya itu patah hidung.
Dalam masa yang sama, Atie juga turut meluahkan rasa kesalnya terhadap apa yang berlaku itu.
"Susah nak cakap. Nak cakap lebih-lebih, customer. Orang Melayu kita baru guna Range Rover 'leather seat', punyalah bongkak. Pergi tumbuk staff Bangla sampai patah hidung sebab tak faham jangan masuk kereta untuk vacum atas alasan Bangla itu kotor.
"Setinggi mana pun langit, lu ludah kena muka lu balik bro. Kita jangan angkuh dan bongkak. Ada lagi yang guna Porsche, pemiliknya seorang pakcik tua. Dia siap tinggalkan kunci kereta suruh Bangla tolong alihkan. Aku yang serius tengok.
"Siapa pun kita, sekaya mana pun kita, janganlah terlalu angkuh dan bongkak dengan mereka yang dipandang hina. Nampak memang sikit tetapi sampai sekarang darah tak berhenti. Bangla dirujuk ke klinik. Klinik kata patah/bengkak teruk lalu dirujuk ke hospital.
"Saya maafkan dan halalkan upah cuci kereta tadi. Jangan terlalu mendongak ke langit," katanya yang juga menyatakan akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Sementara itu, netizen pula mendesak Atie mendedahkan nombor pendaftaran kereta suspek. Bagaimanapun tidak diendahkah mungkin atas faktor keselamatan.
- THEHYPEMEDIA.COM
BLM.
0 comments:
Post a Comment