Wednesday, 4 May 2016

BN Menang, Kroni Senang, Rakyat Terjunam! Kerja kuat menjelang pengundian, kata Presiden Amanah...SELAMAT HARI BOMBA.

Rabu, 4 Mei 2016
SELAMAT HARI BOMBA KEPADA SELURUH ANGGOTA BOMBA

Terus Komited Berkhidmat Kepada Masyarakat dan Negara!
Page Liked · 9 hrs
Ni jalan BN....berhati hati jika melalui jalan ini... BN Menang, Kroni Senang...Rakyat Terjunam...


Selamat bertugas dan berkhidmat buat Sukarelawan Pilihanraya Pemuda Amanah.


Kerja kuat menjelang pengundian, kata Presiden Amanah

Mohamad SabuMohamad SabuPresiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menyeru seluruh jentera parti itu berkerja kuat dalam tempoh kempen yang masih berbaki beberapa hari lagi.
Beliau yang dihalang masuk ke Sarawak sejak Mac lalu berkata, seluruh petugas dan jentera Amanah yang diketuai Timbalan Presiden Salahuddin Ayub telah melakukan tugas dengan baik dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
"Saya berterima kasih kepada seluruh petugas yang diketuai timbalan presiden kerana sangat gigih berkempen sehingga Amanah kini diterima baik oleh rakyat negeri Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.
"Momentum ini perlu diteruskan lagi menjelang saat akhir hari pengundian dengan bertemu seramai mungkin pengundi. Lemparkan senyuman dan pengharapan kepada mereka," katanya kepada Malaysia Dateline.
Dengan sambutan yang diterima, Mohamad berkata, beliau optimis bahawa Amanah akan memperoleh keputusan yang baik pada PRN Sarawak kali ini biarpun baru pertama kali menyertai pilihan raya.
"Syaratnya kita perlu bekerja kuat dan selepas berusaha kita berserah kepada Allah SWT," kata beliau.
Pada Ahad, Amanah melancarkan tujuh tawaran kepada rakyat Sarawak jika calon-calon mereka dipilih pada pilihan raya kali ini.
Selain berjanji menjadi pembangkang yang kuat, mereka juga mahu memperjuangkan kualiti hidup rakyat dengan mendesak kerajaan negeri meningkatkan keperluan asas iaitu air bersih, elektrik, jalan raya dan pusat kesihatan.
Selain itu mereka juga mahu amalan beragama dan hubungan harmoni antara kaum diperteguhkan.
13 kerusi Amanah pada PRN Sarawak kali ini adalah Demak Laut, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Gedong, Beting Maro, Kabong, Kuala Rajang, Semop, Daro, Jemoreng dan Balingian.
Pemimpin dan ahli Amanah ketika berkempen sepanjang PRN Sarawak sehingga 7 Mei ini.Pemimpin dan ahli Amanah ketika berkempen sepanjang PRN Sarawak sehingga 7 Mei ini.
MALAYSIADATELINE

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena