Wednesday 4 May 2016

'Janji Manismu' SEBUYAU bergegar! Kehadiran luar biasa.

Rabu, 4 Mei 2016






Parti Amanah Negara added 8 new photos.
5 hrs
Amanah bawa Aishah gempur Sebuyau, kehadiran luar biasa
4 Mei 2016 | HAZRI NAWAR
Ceramah Parti Amanah Negara (Amanah) di dua tempat di Sebuyau malam tadi menyaksikan sambutan luar biasa daripada penduduk tempatan.
Kehadiran bekas penyanyi yang popular dengan lagu 'Janji Manismu', Wan Aishah Wan Ariffin di Kg Sawmill dan Kg Tungkah Melayu malam tadi berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 orang.
Rata-rata yang hadir mahu melihat sendiri artis kesayangan mereka itu secara lebih dekat setelah lama tidak mendengar kelunakan suara biduanita itu selepas tidak lagi aktif menyanyi.
Selain Aishah, turut mencuri tumpuan malam tadi celoteh seorang lagi bekas peserta program realiti, Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak.
Sementara itu, turut berucap malam tadi beberapa pimpinan Amanah termasuk Timbalan Presiden Salahuddin Ayub selaku Pengarah Jawatankuasa Induk bagi PRN Sarawak dan Pengarah Biro Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli.
Salahuddin ketika dihubungi berkata, beliau yakin peluang Amanah untuk menghantar anak sulung ke Dewan Undangan Negeri Sarawak dapat direalisasikan melihat kepada sambutan positif terhadap Amanah setakat ini.
"Peluang bukan mudah. Seluruh petugas Amanah perlu bekerja kuat dalam tempoh dua hari lagi ini.
"Semoga sambutan terhadap Amanah seperti yang dapat dilihat di Sebuyau ini memberi motivasi kepada jentera untuk terus berkerja kuat," katanya.
Sebuyau antara lima kerusi yang didakwa dikategorikan sebagai 'kelabu' oleh Bilik Gerakan Barisan Nasional bersama-sama Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro.
Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena