Tuesday, 3 May 2016

[Video] Marah ‘Haram’ Masuk Sarawak, Tony Ceramah Hasut Rakyat Video Live Skype..."Berjaya dilakukan DAP penuh bergaya".

Rabu, 4 Mei 2016

KUCHING – Akhirnya sesuatu agak dibimbangi kerajaan Sarawak benar-benar menjadi kenyataan apabila seorang pemimpin DAP yang ‘diharamkan’ memasuki negeri itu bebas berceramah hasut rakyat dengan politik kebencian.

Ia berjaya dilakukan DAP penuh bergaya hasil bantuan teknologi komunikasi canggih video ‘live‘ Skype sekali gus dijadikan cara terbaharu parti pembangkang menghasut rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.
Bertempat di Pusat Khidmat DAP Kota Sentosa di sini Rabu malam, kira-kira 300 penyokong parti Semenanjung itu menyaksikan ucapan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee menyampaikan ceramahnya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu malah berceramah secara langsung serentak di beberapa kawasan yang jauh antara satu sama lain dengan kecanggihan video Skype dan disiarkan menerusi layar skrin gergasi yang dipasang.
Tony difahamkan hanya berada di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan berceramah di atas pentas yang berlatar belakang kain rentang ‘Berani Ubah For Real Change‘ yang digunakan parti itu khas untuk kempen PRN kali ini.
tony2
tony3
tony4
Ceramah beliau kira-kira 20 minit tersebut banyak menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 – Mynewshub.cc/HAA
#PRNSARAWAK

Pemimpin disekat tampil di Sarawak melalui Skype

Meskipun disekat daripada menjejaki kaki mereka di bumi Sarawak, namun ini tidak menghalang pemimpin DAP dari Semenanjung Malaysia untuk muncul di pentas ceramah pembangkang sempena kempen pilihan raya Sarawak ke-11.
Dalam penampilan yang tidak dijangka, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, yang dilarang daripada memasuki negeri ini sejak tahun lalu, berucap melalui Skype pada ceramah yang dihadiri lebih 450 orang di Pelawan, di Sibu malam semalam.
Pua dalam ucapannya menyentuh mengenai deposit berbilion ringgit dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal 1MDB.
Ceramah itu berlangsung di hadapan sebuah kafe tempatan dengan sebuah lori dijadikan sebagai pentas sementara.
Difahamkan bahawa ceramah Pua melalui skype itu turut ditunjukkan semasa ceramah lain di Kuching, Miri dan Bintulu.
Bagaimanapun, sambungan internet tidak stabil dan kadang kala tidak dapat didengar dengan jelas.
Berikutan itu, ia dipendekkan tetapi pihak penganjur berjanji untuk berusaha melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena