Pemimpin disekat tampil di Sarawak melalui Skype
Kahkah....KAH, KAH, KAH!
Malam tadi ceramah DAP di Sibu dgn 10 ribu kehadiran rakyat. Miri lebih 12 ribu. Ubah!!
DAP siapkan pentas khas untuk PM esok
DAP menganjurkan ceramah khas untuk membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sendiri pelbagai isu yang menyelubungi 1MDB serta derma bernilai RM2.6 bilion kepada pengundi Sarawak.
Dalam kenyataan hari ini Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata DAP menyediakan ruang khas kepada perdana menteri di majlis yang diadakan di depan pasar raya Moyan 100% Discount Store, Jalan Matang, Batu Kawah, Kuching.
Ceramah itu, kata Pua, diadakan pada jam 9 malam esok, sempena lawatan perdana menteri ke Sarawak mulai Rabu hingga Jumaat ini.
Pua dilantik oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang untuk berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri bagi menyelaraskan butiran Debat Perdana Sarawak mengenai 1MDB itu.
Sebelum ini Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menghantar e-mel kepada Najib mengenai hasratnya menghadiri mesyuarat kabinet esok yang dijadual diadakan di Kuching.
Dalam kenyataannya Lim berkata dia mahu mengemukakan sebab mengapa kabinet mesti mengambil pendirian dalam isu 1MDB.
Selain itu, ahli parlimen Gelang Patah itu juga mencabar perdana menteri mengambil bahagian dalam satu siri debat mengenai perkara itu.
Kata Pua Najib akan diberi peluang sepenuh-penuhnya untuk menjelaskan - bukan saja kepada penduduk Kuching malah 2.6 juta rakyat Sarawak - sama ada mereka akan menanggung "bencana kewangan" 1MDB.
"Dia juga akan diberi ruang menjelaskan tanda tanya yang bermain dalam fikiran penduduk Sarawak sejak beberapa malam lalu - ke mana perginya wang derma itu," katanya.
Jika mahu, kata Pua, Najib boleh melantik sesiapa saja memberi penjelasan mengenai isu berkenaan bagi pihaknya, termasuk Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
0 comments:
Post a Comment