Friday, 6 May 2016

Jenazah Timb. Menteri Tiba Di Kuching...Ahmad Shabery sepatutnya menaiki helikopter malang.

Jumaat, 6 Mei 2016

UPDATE NAHAS HELIKOPTER: Jenazah Timb. Menteri Tiba Di Kuching


KUCHING – Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon selamat tiba di Hospital Kuching tepat jam 3.30 petang tadi.

Jenazah yang dibawa menaiki helikopter dari tempat nahas di Sebuyau itu tiba di padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak sebelum dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Turut kelihatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim yang menunggu untuk melihat ‘adiknya’ itu. -SuaraTV

BLM.

Ahmad Shabery sepatutnya menaiki helikopter malang

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tadi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sepatutnya menaiki helikopter yang dilaporkanhilang semalam, sekiranya rancangan itu tidak diubah pada saat akhir.
Menurut Berita Harian Online pagi ini, Ahmad Shabery berkata beliau sebaliknya telah diminta menaiki helikopter lain bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Jabu meminta menteri itu menyertainya untuk menghadiri satu majlis di Bukit Saban sebelum pulang ke Kuching.
Manakala helikopter yang hilang itu berlepas Spaoh untuk mengambil Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan beberapa orang yang lain.
"Ketika itu hujan lebat dan selepas berhenti, beliau (Jabu) menaiki helikopter berkenaan di Bukit Saban, Betong," Shabery dilaporkan sebagai berkata
"Tidak lama selepas kami berlepas, keadaan cuaca kembali buruk menyebabkan helikopter yang kami naiki mengalami gangguan beberapa kali," katanya kepada akhbar berkenaan.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena