Friday 6 May 2016

NAHAS HELIKOPTER: Amanah rakam takziah...Gurauan akhir ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Jumaaty, 6 Mei 2016
NAHAS HELIKOPTER: AMANAH RAKAM TAKZIAH
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) merakamkan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden nahas helikopter di Sarawak.
2. Seluruh anggota keluarga yang terlibat diharapkan bersabar di atas segala ujian dan dugaan yang menimpa ini.
3. AMANAH difahamkan pasukan keselamatan telah dikerahkan dan sedang berusaha sedaya upaya untuk misi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat.
4. Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah sama-sama kita berdoa agar usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan oleh Allah SWT.
5. AMANAH juga berharap sebagai rakyat prihatin, kita tidak membuat sebarang spekulasi awal atau menyebarkan berita tidak benar sehinggalah disahkan oleh pihak bertanggugjawab.
"Harapan Baru"
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
6 Mei 2016

Gurauan akhir ahli Parlimen Kuala Kangsar

"Saya tak mahu makan banyak, takut helikopter tak boleh naik," itu antara gurauan akhir anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebelum pesawat dinaiki hilang petang semalam.
Gurauannya itu dikongsikan Ketua Puteri Umno Kuala Kangsar Nurul Azni Bani Ami yang menyertai satu program dihadiri Wan Mohammad Khair-il selaku Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Betong, Sarawak.
"Semasa jamuan makan selepas majlis itu, beliau (Wan Mohammad Khair-il) enggan makan banyak sebab takut helikopter berat. Sehingga kini gurauan itu masih terngiang-ngiang di telinga saya," katanya kepada Bernama di Ipoh hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media di Kuching pagi ini mengesahkan Mohammad Khair-il adalah antara enam penumpang pesawat Eurocopter AS350 yang hilang dari radar semalam dan ditemui serpihannya pagi ini.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai turut berada di dalam helikopter berkenaan.
Helikopter itu berlepas dari Betong, pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.
Menurut Nurul Azni, Mohammad Khair-il sepatutnya menaiki helikopter yang lain, namun disebabkan juruterbang pada ketika itu tiada maka beliau telah diajak oleh Noriah untuk terbang bersamanya.
"Disebabkan beliau mengejar penerbangan ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 9 malam (Khamis), maka Mohammad Khair-il terpaksa menumpang helikopter Noriah supaya sampai cepat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching," katanya.
- Bernama

Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena