Thursday, 5 May 2016

[Video] Bolos lagi 'Mat Sabu' di Ibu Pejabat DAP Sibu? Kenyataan Presiden PAS ini menyebabkan calon PAS hilang deposit! Jangan salahkan orang lain.

Khamis, 5 Mei 2016

Kunjungan ke Ibu Pejabat DAP Sibu oleh pimpinan AMANAH.
5/5/16
"Mat Sabu" & YB Oscar Ling MP Sibu




PAY A VISIT TO @DapSibu
SEMUA Calon DAP Sibu (David, Irene, Yap & Stanley) hadir ketika kunjungan diadakan sebentar tadi.
Hadir bagi pihak AMANAH selain saya adalah Tuan Hj Salahuddin Ayub & Cikgu Hu Pang Chaw. Turutserta Ustaz Mohd Burhanuddin Othman Impak
*"Turuthadir", Tuan Hj MAT SABU 
😊

Kenyataan Presiden PAS Ini Akan Sebabkan Calon PAS Hiiang Deposit

Hadi: PAS mahu hanya bumiputera Islam perintah Sarawak 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya 'tidak menghalalkan' orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.

PAS, katanya, mahu pemerintah itu di kalangan orang Islam bumiputera.

Abdul Hadi berkata bangsa Cina dan India boleh menjadi rakyat namun ia perlu dipimpin oleh pemimpin beragama Islam.

“PAS mahu Sarawak diperintah oleh bumiputera, bukan kaum lain tapi bumiputera mesti perintah Sarawak dan PAS mahu ia bumiputera Islam.

“Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” katanya.

Hadi berkata demikian dalam ceramahnya yang di hadiri kira-kira 250 orang di Padang Hadapan Masjid Ikhwanul Muslimin, Taman Sukma, Kuching malam tadi. 

ULASAN GB 
Masing-masing boleh baca dan fikirkan sendiri tentang kata-kata Presiden PAS di atas.


Paling aneh beliau berkata mahu dipimpin oleh bumiptera Islam, tetapi di Dun Kakus, Clement Bayang, 56, calon Kristian yang diketengahkan.




Dari komposisi penduduk Sarawak, umat Islam cuma 32.2%, manakala Kristian 42.6%, Buddha 13.5%, Hindu 0.2% dan lain-lain 11.5% (sumber: Bancian Jabatan Perangkaan 2010)

Jadi bolehkah kita MEMAKSA untuk Sarawak dipimpin oleh bumiputera Islam sahaja? Sama seperti Pulau Pinang, bolehkah PAS dakwa mahu Ketua Menteri bumiputera Islam sahaja? Memang patut pun PAS hilang deposit di Sungai Acheh.

Kalau begitu pergilah ke negara-negara yang majoriti bukan Islam seperti Thailand, Burma, Filipina dan lain-lain. Bagitahu rakyat sana hanya nak Presiden atau Perdana Menteri bumiputera Islam!

Dahulu dia hina rakyat Sarawak, katanya sebab masihg orang Iban masih pakai cawat, itu sebab tak undi PAS. 
Dan tidak hairan juga mengapa pengundi-pengundi Sarawak menolak PAS seperti yang dilaporkan sendiri oleh portal prnsarawak pas sendiri. 
GB yakin ramai calon PAS akan hilang depositnya di dalam PRN Sarawak 2016 ini.
Jangan salahkan orang lain. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena