Saturday, 7 May 2016

Live Streaming PRN SARAWAK: Keputusan sudah mula keluar...Mayat keempat & kelima nahas helikopter ditemui.

Sabtu, 7 Mei 2016

Mayat kelima nahas helikopter ditemui jam 6 petang

 | 

13128838_1114199275268504_1077711162_o13184756_1114199268601838_1682779894_o
#missingheli Mayat kelima nahas helikopter telah dijumpai pada jam 6 petang tadi dan telah di bawa ke pusat operasi pada jam 7 petang.
13128542_10208851642023749_361277168_o
#missingheli Mayat keempat tragedi helikopter tiba di Pusat Perubatan Forensik, Hospital Umum Sarawak pada jam 6.20 petang untuk proses bedah siasat.
Mayat keempat dijumpai berbaju T-shirt hitam dan berseluar jeans.
Mayat ditemui 500 meter dari lokasi penemuan mayat Datuk Noriah Kasnon yang dijumpai semalam.

Siaran Langsung


BNDAPPKRPASAMANAHInd
7273000

 BN sapu 72 kerusi

9.45PM: BN menang di 72 daripada 82 kerusi atau 87.8 peratus. Pada 2011, BN hanya mendapat 55 daripada 70 kerusi (78.6 peratus).
Angkat sumpah ketua menteri sebentar lagi 9.27pm Istiadat angkat sumpah ketua menteri dijadual pada 10 malam ini di Astana Negeri.
BN pertahan majoriti 2/3
9.05PM: BN sudah lepasi majoriti dua pertiga dengan 57 daripada 82 kerusi setakat ini. DAP tewas di semua kawasan bumiputera dan hilang lima daripada 12 kawasan bandar yang dikuasai sebelum ini.
PKR pertahan kesemua tiga kerusi tetapi gagal tambah kerusi baru.  
DAP, PKR kalah di semua kerusi bertindih
8.50PM: DAP dan PKR kalah kepada BN di kesemua enam kawasan yang menyaksikan pertindihan kerusi.
Kerusi-kerusi itu adalah Batu Kitang, Ngemah, Mambong, Marudi, Murum and Mulu.
8.45PM BN hanya perlukan sembilan lagi kerusi untuk kekalkan majoriti dua pertiga dalam DUN.
PAS, AMANAH kalah di semua kerusi
8:32pm - PAS dan  AMANAH dilaporkan kalah di semua kerusi ditandingi di Sarawak. PAS bertanding di 11 kerusi manakala AMANAH pula 13.
RASMI - BN kekal kerajaan negeri Sarawak
8:30PM - Keputusan rasmi SPR menunjukkan BN hari ini mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memenangi sekurang-kurangnya 42 kerusi setakat ini.
Antara kerusi terbaru itu adalah di DUN Lingga, Balai Ringin dan Pakan.
8:25PM - Mengikut keputusan rasmi SPR, BN menang di DUN Bukit Semuja, Pending, Bukit Semuja, Murum dan Belaga.
8.15pm TANJUNG DATU Ketua Menteri Adenan SAtem menang dengan majoriti lebih besar.
BN: 6,360 PKR: 468
Bekas mufti menang di Jemoreng
8.08PM: TIDAK RASMI Calon BN Dr Juanda Jaya,  yang juga bekas mufti Perlis, menang di Jemoreng. 
PKR pertahankan Batu Lintang
7:53PM: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, See Chee How berjaya mempertahankan kerusi Batu Lintang dengan majoriti lebih 4,000 undi.
See mendapat 8598 undi manakala calon BN, Sih Hua Tong dari SUPP mendapat 5,146 undi dan calon Star, So Lina hanya mampu mendapat 275 undi.
Kemenangan ini bermakna semua penyandang PKR berjaya mengekalkan kerusi masing-masing.
7.00PM: BN mendahului di Batu Kitang yang menyaksikan DAP dan PKR bertembung sesama sendiri.
SUPP 3,175 undi DAP1,955 undi PKR 428 undi

Pertembungan di kerusi bandar majoriti Cina
6.50PM: Di empat kerusi DAP di kawasan-kawasan Cina di Kuching, DAP menggunguli di Padungan, Pending and Kota Sentosa tetapi ketinggalan di Batu Kawah.
Padungan: BN- 4,116 DAP-7,491
Pending: BN-2,920 DAP-4,847
Kota Sentosa BN-6,007 DAP-8,201
Batu Kawah BN-4,283 DAP-2,761
Malaysiakini.

PRN SARAWAK: KEPUTUSAN SUDAH MULA KELUAR


Rakyat Sarawak akan keluar mengundi di 1,754 pusat mengundi di seluruh negeri hari ini. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia mengendalikan pilihan raya itu dalam masa sehari melalui 2,789 saluran mengundi, disediakan di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan pedalaman, yang terpaksa diakses melalui pengangkutan udara bagi menjimatkan masa, lapor Bernama. 

Kesemua pusat mengundi akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup sepenuhnya pada 5 petang, namun ada beberapa pusat mengundi akan ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi, kata SPR. 

Dalam pengundian hari ini, BN bertanding di 80 kerusi DUN lagi, PKR 40 kerusi, DAP (31), Amanah (13), PAS (11), STAR (11), PBDS Baru (5), manakala 35 calon Bebas turut bertanding. 

Sejumlah 1,138,650 berdaftar sebagai pemilih dalam senarai pemilih yang digunakan pada pilihan raya kali ini oleh SPR. 



Di Gedong, terdapat kes dimana bendera AMANAH diganggu dan diturunkan oleh gangster upahan. AMANAH sudah menjadi igauan yang menakutkan mereka










Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena