Monday 11 December 2017

[Video Komen Tun Mahathir isu Baitulmuqaddis jadi ibu negara Israel] Selepas pulangkan darjah kebesaran Selangor, Dr Mahathir mahu ‘dating’ dengan isteri.

Isnin, 11 Disember 2017

Selepas pulangkan darjah kebesaran, Dr Mahathir mahu ‘dating’ dengan isteri

Selepas pulangkan darjah kebesaran, Dr Mahathir mahu ‘dating’ dengan isteri
Selepas memulangkan darjah kebesaran negeri Selangor, Dr Mahathir Mohamad bercadang membawa isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali keluar “dating”. – Gambar Twitter rasmi Dr Mahathir, 11 Disember, 2017.
Selepas memulangkan darjah kebesaran negeri Selangor, Dr Mahathir Mohamad bercadang membawa isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali keluar “dating”.
Menulis di akaun Twitter @chedetofficial, Dr Mahathir berkata isterinya sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.
“Planning to have a date with Hasmah. (Bercadang untuk keluar ‘dating’ dengan Hasmah).
“Dia bersama saya susah dan senang. What movie should we watch together? (Cerita apa harus kami tonton bersama?),” tulis Dr Mahathir.
Pada ketika ini, tulisan Dr Mahathir itu mendapat 831 retweet dan 1678 like di Twitter.
Hari ini The Malaysian Insight melaporkan Dr Mahathir memulangkan dua darjah kebesaran tertinggi yang diterimanya daripada Istana Selangor.
Kedua-dua darjah kebesaran itu dipulangkan pada petang Khamis dan diserahkan kepada seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Alam Shah di Klang.
Isterinya, Dr Siti Hasmah turut mengambil tindakan sama.
Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS),Darjah Kelas Pertama pada 22 Jun 1978, yang ketika itu membawa gelaran Datuk. 
Darjah kebesaran itu dikurniakan hanya kepada dua orang pada satu-satu masa dan kuota maksimum penerimanya ialah 40 orang. 
Sejak 1998, darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk Seri.
Kira-kira sebulan sebelum persaraannya pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah, Klang.
Sementara Dr Siti Hasmah pula memulangkan kembali darjah kebesaran Selangor SPMS dan Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pada hari sama dengan Dr Mahathir.
Dr Siti Hasmah menerima darjah kebesaran DPMS daripada Istana Selangor pada 1983 dan SPMS pada tahun 1994.
Pihak Istana Selangor memberitahu The Malaysian Insight, satu kenyataan berhubung perkara ini akan dikeluarkan esok. – 11 Disember, 2017.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena