Monday 11 December 2017

[Cepat tontot sebelum deleta video ni! Dah, dahhhh...pemuda umno woi! Tak yah citer bnyk, PRU14 ni kasi bungkus UmnoBN] Terhimpit kos sara hidup, rakyat Johor sedia sokong Pakatan.

Isnin, 11 Disember 2017

Terhimpit kos sara hidup, rakyat Johor sedia sokong Pakatan

Terhimpit kos sara hidup, rakyat Johor sedia sokong Pakatan
Rakyat Johor sedia beri sokongan kepada pembangkang pada PRU14 kerana marah dengan kenaikan kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Disember, 2017.

KEBANYAKAN rakyat Johor yang hadir pada program Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru malam tadi berkata mereka kecewa dan marah dengan kenaikan kos sara hidup, dan sedia memberi sokongan kepada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Abdul Malik Baharudin, 26, berkata masyarakat mengeluh dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal.
“Majoriti orang kampung apabila bersembang, mereka akan bercakap tentang isu harga barang dan GST (cukai barang dan perkhidmatan). 
“Rakyat Johor rata-ratanya tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditemui selepas Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Sukarelawan PH Johor di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, semalam.
Malik, anak jati kampung itu berkata dengan pengalaman dimiliki pimpinan PH setelah penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PH kini berada di landasan terbaik untuk membentuk kerajaan pusat selepas ini.
“Kalau dengan sambutan kehadiran penduduk kampung malam ini, saya nampak peluang cerah dengan pengalaman yang ada pada pemimpin Bersatu.
“Insya-Allah kita boleh tembus kubu kuat Umno. Dengan semangat dan kesepakatan, Pakatan boleh menang,” katanya.
Sukarelawan Bersatu, Siti Salmah Abdul Wahab, 41, berkata masyarakat luar bandar yang ditemuinya dalam program parti sering menyuarakan keperitan hidup mereka dengan cabaran ekonomi masa kini.
“Mereka yang ada anak masih bersekolah cukup terasa bebanannya ditambah pula dengan kenaikan harga makanan.
“Majoriti yang saya jumpa memang tidak lagi menyokong Najib,” katanya.
Norizam Hamzah, 44, pula berkata perubahan diperlukan segera dalam pentadbiran negara kerana kerajaan sekarang gagal menjalankan tanggungjawab mereka menjaga kepentingan rakyat.
“Sebab kita dah tak boleh terus macam ni lagi dengan kos sara hidup meningkat...benda yang mengarut berlaku tetapi (masih ada pemimpin) yang terus nak sokong pimpinan sekarang. Mungkin kerana mereka ada kepentingan dan menjaga periuk nasi mereka.
“Tapi macam kita ni yang tiada kepentingan, memang kita nak perubahan secepat mungkin,” katanya.
Pesara tentera, Effendy Abdullah, 68, berkata ceramah yang disampaikan pimpinan PH semalam amat memberangsangkan.
“Dah sampai masanya (Perdana Menteri) Najib (Razak) turun kerana dah banyak kesilapan dilakukannya.”
Bagaimanapun, katanya PH mesti mengekalkan persefahaman antara mereka jika mahu menumbangkan BN dalam PRU14.
“Jangan ada perpecahan. Masing-masing kena berjuang dengan ikhlas dan tidak mengutamakan kepentingan diri.”
Seorang lagi anak jati kampung itu, Noor Hafiz Ahmed Nordin, 33, berkata Umno tidak lagi boleh berasa selesa dengan sokongan masyarakat setempat.
“Kubu kuat Umno pun dah semakin goyah dan mereka pun sedar perkara itu.”
Kampung Datuk Sulaiman Menteri, yang juga dikenali sebagai Kampung Majidee Baru, terletak dalam kawasan DUN Tanjung Puteri, yang kini disandang Adun Umno-BN Adam Sumiru.
DUN Tanjung Puteri, dan DUN Stulang yang dimenangi DAP pada PRU13, membentuk kawasan Parlimen Johor Bahru yang cukup sinonim dengan penyandangnya Shahrir Samad dari Umno.
Pemimpin yang menyampaikan ceramah semalam termasuklah Pengerusi PH Johor Muhyiddin Yassin, Naib Presiden PH Mukhriz Mahathir, Pengarah Pilihan Raya PH Johor Salahuddin Ayub, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Pengerusi PKR negeri Hassan Karim. – 11 Disember, 2017.
The Malaysian Insight


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena