Monday 11 December 2017

[Video Umno terdesak di Selangor!] Mahathir, Siti Hasmah pulangkan pingat kebesaran Selangor.

Isnin, 11 Disember 2017

Mahathir, Siti Hasmah pulangkan pingat kebesaran Selangor


Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.
Hal itu disahkan seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada Malaysiakini hari ini.
"Betul," kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU Datuk Rais Hussin mengesahkan tindakan Dr Mahathir itu.
Seorang pembantu Dr Mahathir pula mengesahkan Dr Siti Hasmah melakukan tindakan sama.
"Beliau menyerahkan semula pingat berkenaan pada hari yang sama," katanya.
Menurut Rais keputusan memulangkan pingat kebesaran negeri itu dibuat Dr Mahathir atas pertimbangannya sendiri. 


Rais bagaimanapun enggan memberi penjelasan muktamad mengenai alasan pemulangan pingat berkenaan. Sebaliknya beliau memilih untuk berkias.
"Sudah gaharu cendana pula...," katanya memetik sebahagian daripada peribahasa Melayu yang menyatakan mengenai sesuatu hal yang jelas nyata.
Difahamkan dua pingat yang dikembalikan pengerusi BERSATU itu masing-masing diterima daripada sultan Selangor pada 1978 dan 2003.
Ia diserahkan kepada seorang pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.
Anugerah tertinggi negeri
Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu ialah anugerah yang diterimanya daripada sultan Selangor pada 1983 dan1994.
Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor. 
Malaysiakini sudah menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
Bernama pula melaporkan pihak istana Selangor akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu esok.
Pada awal Nov lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena