Tuesday 27 March 2018

[Video Undang2 Berita Palsu! Tun M-Mereka keliru'] Persempadanan semula: UMNO ‘curi’ pengundi, tidak mahu Melayu berubah.

Selasa, 27 Mac 2018

Image may contain: text and outdoor

Persempadanan semula: UMNO ‘curi’ pengundi, tidak mahu Melayu berubah



Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengemukakan laporan persempadanan semula (syor) kawasan pilihan raya yang dijadualkan esok di Parlimen jelas bertujuan untuk membantu kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Apa yang pasti, syor tersebut memperlihatkan pelbagai ketempangan dalam proses persempadanan semula yang tidak mengikut perlembagaan dan prosedur.
Forum anjuran BERSIH 2.0 malam tadi menyimpulkan bahawa Parlimen perlu menarik balik laporan tersebut dan menunggu segala proses pendengaran dan mahkamah selesai sebelum ia dibentangkan.
Ahli panel yang hadir membincangkan topik tersebut ialah Pengerusi BERSIH 2.0, Shahrul Aman; peguam hak asasi, Datuk Ambiga Sreenavasan; Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming dan Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar.
Selain isu-isu teknikal, yang pasti perubahan sempadan kawasan pilihan raya akan memberi kesan kepada pengkelompokan pengundian mengikut kaum.
UMNO tak mahu Melayu ubah undi
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu memperlihatkan BN masih bertahan di kubu kuat UMNO yang merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.
“UMNO adalah tunjang BN. Jadi mereka lihat jika segmen pengundi Melayu berubah, sudah tentu ia akan memberi ancaman kepada kawasan yang dipegang BN.
“Pola pengundi India pula seolah-olah tidak berlaku swing kepada parti pemerintah. Jadi mereka hanya harap agar pengundi Melayu tidak swing,” katanya.
Sehubungan itu, persempadanan semula pilihan raya yang dilakukan akan memperlihatkan segmen pengundi yang diasingkan mengikut kaum tertentu.
Beliau mengambil contoh sebagaimana yang berlaku di Lumut apabila persempadanan semula memperlihatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pangkor, Pasir Panjang dan Setiawan di bawah Parlimen tersebut menjadi dua DUN sahaja (Pasir Panjang dan Pangkor) setelah DUN Setiawan yang majoriti pengundi kaum Cina dipindahka ke Parlimen Beruas.
MCA dan MIC terjejas teruk
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming pula berkata membangkitkan persoalan mengenai peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jelas bersubahat dengan BN.
Beliau membawa bagaimana BN amat yakin dengan persempadan semula yang akan diluluskan sehinggan melancarkan jentera pilihan raya mereka.
“Beberapa bulan lalu sebelum syor kedua dipamerkan, BN telah melancarkan jentera pilihan raya mereka di kawasan parlimen yang belum wujud iaitu di P107 Parlimen Sungai Buloh.
“Mereka ada keyakinan bahawa apa yang dicadangkan oleh syor ke dua itu akan keluar (diluluskan),” katanya.
Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP itu berkata, cadangan kawasan baru persempadanan semula itu juga dilihat memberi cabaran kepada komponen BN ‘bukan UMNO’ yang lain seperti MCA dan MIC.
“Di sini kita boleh persoalkan apa peranan Ahli Parlimen bukan UMNO dalam BN kerana persempadanan semula ini tidak adil.
“Saya cabar ahli parlimen ‘bukan UMNO’ dalam BN adakah mereka berani menyuarakan bantahan persempadanan semula ini di Parlimen,” katanya.
Jelasnya, jika cadangan kawasan persempadanan semula baru ini diluluskan, kerusi-kerusi tradisi MCA seperti di Lumut dan MIC seperti di Subang akan terancam bagi pilihan raya yang akan datang,” katanya lagi.
Bagi Pengerusi BERSIH 2.0, Shahrul Aman, isu mengenai ketidakadilan persempadanan semula perlu diketahui seluruh lapisan masyarakat dimana hak mereka telah ‘dicuri’.
“Persempadanan semula yang berlaku pada tahun 1974, 1986, 1995 dan 2004 memang jelas diguna untuk (pemerintah) memenangi pilihan raya,” ujar beliau.
Justeru katanya, satu-satunya jalan yang mampu mereformasi institusi pilihanraya ialah melalui kesedaran rakyat dan perubahan dalam pilihan raya akan datang.
“Pada Rabu ini (esok) kita datang beramai-ramai dan tunjukkan kepada suara kita bahawa persempadanan semula yang nak dibawa (ke Parlimen) adalah tidak berperlembagaan,” katanya lagi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena