Tuesday, 20 March 2018

[Video PRU14: Rakyat vs GST] PH akan adakan kempen ‘Rakyat Tolak GST’ pada 1 April.

Selasa, 20 Mac 2018

PH akan adakan kempen ‘Rakyat Tolak GST’ pada 1 April

PH akan adakan kempen ‘Rakyat Tolak GST’ pada 1 April

Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan kempen ‘Rakyat Tolak GST’ sempena tiga tahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan kerajaan Umno-BN itu.
Kempen itu dijangka akan diadakan seluruh negara pada 1 April 2018 ini.
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kempen tersebut diadakan untuk rakyat menyatakan penolakan terhadap GST yang sebenarnya membebankan rakyat sejak dilaksanaka pada 1 April 2015.
“Kita akan ada kempen untuk menyatakan rakyat tolak GST pada 1 April ini seluruh negeri,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Bilik Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PH dan pimpinan parti dalam gabungan PH.
Bagaimanapun PH tidak menjelaskan spesifik program yang akan dianjurkan itu kerana sidang media khusus mengenainya akan diadakan dalam waktu terdekat.
Kerajaan Umno-BN berpendapat kutipan GST sebanyak RM41 bilion setahun yang dikutip membolehkan kerajaan menampung banyak perbelanjaan yang diperlukan untuk kepentingan rakyat.
Bagaimanapun parti pembangkang menolak cadangan pelaksanaan GST apabila menyifatkan ia akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.
Namun dalam manifesoto PH antara lainnya diumumkan jika PH ambil alih kerajaan BN, akan menghapuskan GST dan mengawal harga barangan ketika pelancaran Manifesto PH di Shah Alam 9 Mac lalu.
Terakhir pengumumman Pas menerusi Manifesto Gagasan Sejahtera pada Ahad lalu, turut menyatakan akujanji jika parti itu menang dalam Pilihan Raya akan melaksanakan penghapusan GST dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil.
Ketika ditanya mengenai manifesto Pas melalui Gagasan Sejahtera mahu menghapuskan GST, Dr Mahathir mempersoalkan hasrat Pas itu.
“Benarkah Pas menyokong hapuskan GST? Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) cakap berkenaan kesan pemerintahan yang lama tidak sebut apa-apa mengenai GST.
“Saya tidak tahu sama ada dia faham atau tidak persoalan mengenai GST ini,” ujarnya menjawab media.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena