Tuesday, 20 March 2018

[Video King Maker nak angkat Cash is King! Sebenarnya PAS bukan 'king maker' - Dr M] Kes RASUAH! Mengapa AG+IGP+MACC buat2 tak nampak? Polis, SKMM Perlu Siasat Cambridge Analytica.

Rabu, 21 Mac 2018

Apa nak heran? Jika PM ada berbillion billion, inikan pula org bawahan. Ketua Jab Jenayah siap ada hampir RM1 juta di Australia TAPI apa nak buat, AG+IGP+MACC buat2 tak nampak, nanti depa kata, "tak de kes atau unsur rasuah", kan?
Tumpang sekole.

Foto Otai BERSIH.
GEMPAKK.....!!!
Polis, SKMM Perlu Siasat Cambridge Analytica.
Pendedahan besar berkenaan salahguna data peribadi pengguna Facebook oleh pakar data Cambridge Analytica serta anak-anak syarikatnya amat memeranjatkan.
Lebih dari itu, pendedahan bahawa Cambridge Analytica atau anak-anak syarikatnya terlibat dalam aktiviti politik di Malaysia cukup menggusarkan, memandangkan media melaporkan bahawa aktiviti politik yang dimaksudkan mungkin melibatkan aktiviti jenayah seperti rasuah, penipuan dan perangkap seks.
Di Malaysia, SCL Malaysia merupakan syarikat yang berkait dengan Cambridge Analytica, dan berdasarkan laman web Cambridge Analytica dan SCL Malaysia, difahamkan dua syarikat ini mempunyai pejabat sama di Malaysia iaitu di 16, Jalan Kenyalang 11/4G, 47810 Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan. Namun, media melaporkan bahawa ‘pejabat’ tersebut adalah sebuah rumah peribadi dan penghuni tidak tahu alamat rumah itu diguna sebagai pejabat bagi kedua-dua syarikat tersebut.
Memandangkan Cambridge Analytica didakwa menyalahguna data peribadi pengguna Facebook serta terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik yang mungkin mempunyai elemen jenayah, saya menggesa pihak Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk membuka siasatan terhadap kedua-dua entiti ini pada kadar segera.
Pada masa yang sama, DS Najib Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional perlu segera memberi penjelasan setakat mana Cambridge Analytica dan SCL Malaysia terlibat sebagai perunding politik bagi aktiviti politik parti pemerintah. Jika wujud sebarang kontrak di antara UMNO-BN dengan syarikat-syarikat ini, demi demokrasi dan kebaikan orang ramai, saya mohon DS Najib untuk mendedahkannya.
Ini ke syarikat yg BN gunakan utk menang pilihanraya di Malaysia kelak..??
Hish..hish..hish..
Sebarkan...

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena