Wednesday, 28 March 2018

[Video PARLIMEN 2018 KECOH: Speaker Tolak Usul MACAM SARKAS!] Taktik kotor sang pemerintah untuk kekal berkuasa! Pemimpin Umno kini sombong, ‘kaki tak cecah bumi’, kata Rais.

Khamis, 29 Mac 2018

Foto Otai BERSIH.
Taktik kotor sang pemerintah untuk kekal berkuasa..


Pemimpin Umno kini sombong, ‘kaki tak cecah bumi’, kata Rais

Pemimpin Umno kini sombong, ‘kaki tak cecah bumi’, kata Rais
Jho Low perlu disiasat demi maruah negara, undang-undang berita palsu dibuat dengan tergesa-gesa sehingga menimbulkan kebimbangan senjata makan tuan di masa depan, kata Rais Yatim hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mac, 2018.

PEMIMPIN veteran Umno, Dr Rais Yatim meneruskan kritikannya terhadap parti itu, mengatakan pemimpinnya kini “sombong” dan mudah melenting apabila ditegur.
Penasihat sosiobudaya kerajaan bertaraf menteri itu menjawab kembali kritikan Ketua Penerangan Umno Annuar Musa yang mengatakan beliau dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz sebagai “out of touch” dalam urusan pentadbiran dan kerajaan.
“Memang senang tuduh kami sudah ‘lost touch’ dengan keadaan akar umbi. Yang dimaksudkan dengan ‘lost touch’ itu agaknya ialah ‘kaki dah tak cecah bumi’.
“Ku semangat! Sebenarnya para pemimpin kita lah yang ‘kaki dah tak cecah bumi’. Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting,” kata Rais dalam surat terbuka kepada Annuar yang disiarkan dalam akaun Facebooknya awal pagi ini.
Dalam kenyataannya semalam, Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, Rais, 75, dan Rafidah, 74, turut menghidap “sindrom pasca persaraan” akibat setelah sekian lama memegang kedudukan penting dalam kerajaan.
“Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah ‘out of touch’ dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.
“Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama yang juga bos saya dulu,” kata Annuar merujuk kepada bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad.
Dalam jawapan balas dalam surat terbukanya, Rais mengingatkan Annuar beliau merupakan individu yang menegur dan tidak berkecil hati sekiranya “ditegur dan dihempas pulas”.
“Sebenarnya semua hal yang di bangkitkan itu sudahpun saya sampaikan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melalui saluran hormat, iaitu:
• Kenapa Jho Low (Low Taek Jho) harus disiasat demi maruah negara. Dia tak boleh lebih tinggi daripada Malaysia dan Umno. Perlakuan tutup buku sebelum disiasat tidak sejajar dengan Rukunegara dan semangat Perlembagaan.
• Jawapan kepada semua ungkitan antarabangsa dan domestik tentang 1MDB mesti dihurai dengan jelas.
• Rang Undang-undang Antiberita Tak Benar boleh jadi senjata makan tuan kemudian kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam darihal implikasi konflik hak dan perundangan. Bila sudah tak berkuasa nanti (barang dijauhi Allah), baru tahu langit dan bumi tinggi-rendah!
• Keutamaan keutuhan undang-undang wajib dipertahankan
• Budaya Tinggi dalam parti dan kerajaan wajib diberi penegasan utama.
• Perjuangan anti-rasuah mesti atas asas Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan – patut dan adil kesaksamaannya,” katanya.
Rais dan Rafidah sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib terutamanya selepas kapal mewah The Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low dan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dirampas pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
Rais, Rafidah dan Annuar pernah berada dalam Kabinet Dr Mahathir. 
Rais pernah menentang Dr Mahathir ketika bersama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46 selepas perpecahan berlaku dalam Umno pada akhir 1980an. – 28 Mac, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena