Wednesday, 21 March 2018

[Video TN50 Mahfuz persoal video ucapan MB N9, Mengapa MP Umno 'kecoh panas pungkok'? MB suruh terbalikkan meja di kedai kopi] Report Polis telah dibuat keatas MB N9 yang cuba mencetuskan pergaduhan & TN50 pembohongan, kata Mahfuz.

Rabu, 21 Mac 2018



Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Report Polis telah dibuat keatas MB N9 yang cuba mencetuskan pergaduhan. Harap pihak Polis bersikap Adil demi Kesejahteraan, keamanan Negara yang harmoni.

Ucapan MB Negeri Sembilan bukti TN50 pembohongan, kata Mahfuz

Ucapan MB Negeri Sembilan bukti TN50 pembohongan, kata Mahfuz
Mahfiz Omar mendakwa ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan dalam satu program Barisan Nasional yang tersebar dalam sebuah video baru-baru ini amat serius dan merupakan hasutan menggunakan kekerasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mac, 2018.

UCAPAN Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan yang “menghasut penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan terhadap pembangkang" membuktikan program Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan satu “pembohongan”, kata seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).
Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) berkata, ucapan Mohamad dalam satu program BN bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang tersebar dalam sebuah video baru-baru amat serius dan merupakan satu hasutan untuk menggunakan kekerasan.
“Bila melihat perkembangan politik negara kita ini. Saya melihat ini sesuatu yang bertentangan dengan hasrat TN50.
“Ini menunjukkanTN50 ini tidak lebih daripada pembohongan kepada masyarakat dan rakyat.
“Dan ini satu perbuatan menghasut rakyat melanggar undang-undang dan sepatutnya polis menyiasat dan menghalang Umno dan BN,” kata Mahfuz di Dewan Rakyat hari ini.
Mahfuz berkata tiada sesiapa yang menolak hasrat untuk Malaysia membentuk satu budaya berintegriti dan juga membentuk budaya bernilai tinggi dalam program TN50.
“Tetapi akhir-akhir dalam sehari dua ini saya melihat semacam berlaku satu pertentangan tentang dengan hasrat TN50 ini.
“Contohnya, apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan baru-baru ini. 
“Yang disertai oleh menteri belia dan sukan dalam menghadiri anak-anak muda Umno-BN supaya terbalikkan meja di warung dan kedai kopi,” katanya. 
Kenyataan Mahfuz itu menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN bangkit dan mengejek beliau kerana berpindah parti dari PAS ke Amanah baru-baru ini.
Bung Mokhtar Radin (BN-Kalabakan) berkata Mahfuz merupakan ahli Parlimen yang suka “lompat-lompat”.
“Fikiran beliau bercelaru sampai tak tahu apa beliau cakap.
“Otaknya bercelaru Yang Dipertua sebab beliau tiga kali lompat-lompat. Tak ada soalan pun,” katanya.
Semalam akhbar The Sun melaporkan Mohamad sebagai berkata, ucapannya semasa Majlis Pelancaran Briged Gempur Pemuda Umno Rembau dalam satu video yang viral baru-baru ini diambil tidak mengikut konteks dan hanya untuk menaikkan semangat anak-anak muda.
"Ucapan itu hanyalah untuk menaikkan semangat dalam kalangan anak-anak muda. Bukanlah saya mahu mereka benar-benar melakukan tindakan tersebut," katanya. – 21 Mac, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena