Thursday, 22 March 2018

[Video Parlimen 2018 MP pembangkang persoal 'fake news' & PM palsu di Parlimen] Adakah Umno akan ‘meletup’?

Khamis, 22 Mac 2018

UMNO dan PAS, bergabunglah demi Islam dan Melayu - Presiden PAAK

Adakah UMNO akan ‘meletup’?


Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig-Jen (B) Mohamed Arshad Raji telah meminta supaya Menteri Besar Negeri Sembulan Datuk Seri Mohamad Hassan meminta maaf atas ucapannya di Rembau yang didakwa menghasut anak muda menggempur mereka yang kononnya ‘memfitnah’ kerajaan.
Arshad berkata bahawa sekiranya ahli politik terus membuat ucapan menghasut sedemikian, pilihanraya akan datang tidak akan bebas daripada keganasan.
Hassan, dalam video yang tular itu dirakam berkata: “Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia, kena tangkap dengan polis saya jamin.”
Rakaman tersebut menunjukkan betapa tak beradab dan tidak berbudayanya Hassan, kerana mahu kekal berkuasa bukan melalui cara yang aman dan demokratik, tetapi dengan cara menghasut dan keganasan terhadap mereka yang mengkritik kerajaan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam sidang medianya di Parlimen hari ini berkata bahawa komentar Arshad itu bukan sahaja mewakili pesara tentera dan polis, bahkan majoriti senyap dalam UMNO yang mahukan keamanan dan kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia.
Kit Siang membuat komentar terbabit dalam mengulas beberapa laporan berita yang menurutnya menjadi isyarat wujud masalah dalam UMNO yang boleh membuatkan parti itu ‘meletup’.
Selain Arshad, veteran UMNO termasuk Tan Sri Rais Yatim, Tan Sri Rafidah Aziz dan Setiausaha Kelab Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub turut menghamburkan kritikan terhadap parti tersebut.
Rais yang merupakan mantan menteri dan kini penasihat khas kerajaan, tempoh hari memberi amaran bahawa politik ‘kurang ajar’ akan memberi kesan buruk kepada UMNO.
Sebaliknya, ucapan Mohamad Hassan pula menjadi contoh terbaru politik ‘kurang ajar’ parti tersebut.
“Adakah UMNO bakal meletup apabila kepimpinannya tidak bersedia mendengar keluhan isi hati anggota dan veteran parti?” soal Kit Siang. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena