Thursday 22 March 2018

[Video Dances to 'GST' song] Aktivis Peka disiasat kerana video nyanyian ‘ABCDGST’.

Jumaat, 23 Mac 2018

Hasil carian imej untuk Gambar Lim Guan eng nyayi ABCDGST

Aktivis Peka disiasat kerana video nyanyian ‘ABCDGST’
Hasil carian imej untuk Gambar GST

Aktivis Peka disiasat kerana video nyanyian ‘ABCDGST’

Penggerak Komuniti Muda (Peka) Masturah Afandi telah dipanggil polis hari ini untuk memberikan keterangan ekoran rakaman video nyanyian ‘ABCDGST’.
Lagu satira berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu dinyanyikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru in.
Masturah, 28, dipanggil ke IPD Timur Laut bagi siasatan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
Sehubungan itu, kempen Solidariti Untuk Masturah dengan #tolakpenindasan dan #tolakdwistandard diadakan di hadapan IPD tersebut pagi tadi.
Masturah Afandi
Semalam, polis dalam sidang media di George Town memberitahu akan memanggil Lim bagi direkod keterangan membantu siasatan berhubung satu video yang tersebar yang menunjukkan pemimpin DAP itu menyanyikan lagu mengenai GST kepada sekumpulan kanak-kanak.
Nyanyian mengikut rentak lagu ABC itu dilakukan ketika beliau merasmikan inisiatif kerajaan negeri, Program Tuisyen Rakyat di Jelutong pada 17 Mac lalu.
Polis turut memberitahu beberapa individu lain termasuk mereka yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu akan dipanggil.
Polis juga akan memohon laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengesan pemilik akaun laman sosial yang menyebarkan video itu.
Solidariti untuk Masturah di hadapan IPD Timur Laut.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena