Thursday, 15 March 2018

[Video Parlimen Malaysia-Cai Umno boleh tengok 'hujah buruk & kaki gaduh' wakil rakyat yang kamu pilih tu!] MP: Najib hanya berani saman media tempatan?

Jumaat, 16 Mac 2018



Anggota Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini membangkitkan  sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membisu berkenaan laporan 1MDB yang disiarkan pelbagai media antarabangsa baru-baru ini.
Antaranya majalah isu semasa terkenal Indonesia, Tempo yang menjadikannya sebagai tajuk muka depan edisi terbarunya.
Membawa salinan majalah itu, Teo Nie Ching (DAP-Kulai) berkata sikap Najib itu bertentangan dengan langkahnya sebelum ini yang mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota parlimen dan media tempatan, termasuk Malaysiakini.
"Takkan Najib tak mahu bersihkan namanya? Adakah beliau tak sampai hati nak ambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa?
"Bukan. Beliau (sebelum ini) menyaman Petaling Jaya Utara (Tony Pua), Pandan, (Rafizi Ramli), Malaysiakini dan Harakah. Bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik juga kena saman," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata laporan Tempo itu hanyalah satu daripada beberapa laporan media antarabangsa yang perlu diberi perhatian oleh Najib jika benar kandungannya mempunyai unsur fitnah terhadapnya.
"Jadi saya nak tanya kenapa saman Petaling Jaya Utara, Pandan, Malaysiakini dan yang lain tetapi tak berani ambil tindakan sama terhadap Wall Street JournalTempoThe Economist?"soalnya.
Dua hari lalu Nga Kor Ming (DAP-Taiping) membangkitkan laporan The Economist yang mendakwa Najib akan "mencuri" kemenangan pada pilihan raya akan datang dan mengoyak salinan laporan tersebut.
Sementara itu Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) dalam sidang media di Parlimen mendesak Najib menyatakan respons terhadap pelbagai tuduhan daripada media antarabangsa sebelum Parlimen dibubarkan.
"Saya sudah jalankan kajian...ada 20 media luar yang menyiarkan laporan tentang 1MDB baru-baru ini," katanya sambil membentangkan kertas bersaiz A4 yang tertera nama media yang dimaksudkannya.
"Ini bukan saja media Barat, tetapi juga Thailad, Timur Tengah, China, Singapura, Filipina dan negara lain," katanya lagi.
Pada Ahad lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata ia telah mengenalpasti beberapa media dan portal atas talian yang didakwa menyebarkan berita palsu tentang skandal 1MDB untuk memburukkan imej Najib.
Najib berulang kali menafikan salah laku dalam skandal itu dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkannya daripada sebarang kesalahan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena