Thursday 15 March 2018

[Video Berita Sensasi! Najib 'serang' Dr M lagi, MP Kulai bangkit isu saman 'Selasa'] Apa kata Penasihat Kerajaan UmnoBN: Mengapa sayang sangat pada Jho Low.

Khamis, 15 Mac 2018

Mengapa sayang sangat pada Jho Low, soal Rais Yatim


Mengapa sayang sangat pada Jho Low, soal Rais Yatim
Rais Yatim semalam menerusi akaun Twitternya menyelar tindakan Nazri Aziz membela dan melindungi Jho Low yang disifatkannya pemutar alam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mac, 2018.


PENASIHAT kerajaan Dr Rais Yatim menyindir menteri Kabinet, Mohamed Nazri Aziz kerana sanggup menyerang dirinya disebabkan terlalu “sayang” pada ahli perniagaan Low Taek Jho.
Walhal, Malaysia sudahpun menjadi sasaran kritikan masyarakat dunia atas tindakan ahli perniagaan yang “pemutar alam” itu, kata Rais.
Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada penglibatan Low yang juga dikenali dengan nama Jho Low, dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
“Dunia dah cukup perli Malaysia melalui Jho Low. Kenapa sayang sangat pada pemutar alam Jho Low?
“Saya masih menteri, lupa kot? Siapa meroyan?” kata Rais ketika dalam tulisannya di Twitter pada malam tadi.
Veteran Umno itu turut mengingatkan kepada Nazri bahawa menteri itu juga tidak akan kekal di jawatan tersebut buat selama-lamanya.
“Itulah, bila ditegur, menteri hebat macam Nazri kata orang meroyan. 
“Berbillion ringgit wang negara lesap. Ingat bila pelepah gugur pucuk jangan ketawa,” kata Rais.
Itulah..bila ditegur menteri hebat macm Nazri kata orang meroyan. Dunia dah cukup perli Malaysia melalui Jho Low. Kenapa sayang sngat pd pemutar alam Jho Low? Berbillion Rgt wang Negara lesap. Ingat bila pelepah gugur pucuk jgn ketawa. Saya masih menteri, lupa kot? Siapa meroyan?

Beliau menjawab kenyataan Nazri semalam yang mendakwa beliau kini mengkritik kerajaan bersama bekas menteri Rafidah Aziz kerana masih menyimpan dendam. 
Nazri berkata seseorang akan berdendam sekiranya menjadi menteri selama lebih 10 tahun.
"Jadi jelas sekali mereka masih berdendam, jadi biarkan mereka cakap apa yang mereka nak cakap," kata ahli Parlimen Padang Rengas itu.
Pada awal bulan ini, Rais turut membidas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak kerana turut beria-ia mempertahankan Jho Low.
Ia susulan kenyataan Salleh yang mendakwa Jho Low bukan pemilik kapal mewal Equanimity yang dirampas penyiasat Amerika Syarikat berhubung siasatan ke atas 1MDB.
Kes berhubung rampasan ke atas kapal itu turut menjadi kritikan Rafidah yang kecewa kerana kerajaan Barisan Nasional gagal mengesan kapal mewah milik Jho Low itu sebelum ini.
Kata Rafidah, beliau sendiri pernah menemui lokasi tepat The Equanimity ketika sedang mengikuti aktiviti menyelam di Phuket tahun lepas.
Pada Julai 2013, Rais dilantik sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri. 
Selain itu, beliau juga merupakan presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. – 15 Mac, 2018
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena