Monday, 26 March 2018

[Video Azmin sempat jenguk sidang media ADUN Umno di lobi] ADUN-ADUN BN tertunduk malu, pandang arah lain & tersipu main telefon, macam kena dengan Prof Kangkung? Terima kasih Najib, RELA tak perlu 'dedak'!

Selasa, 27 Mac 2018

Image may contain: 6 people, text
ADUN-ADUN BN yang buat sidang media '10 Tahun 10 Kegagalan Pakatan' sepatutnya berselisih mata dengan MB. Bukannya tunduk, pandang arah lain, tengok skrip, main telefon dan sebagainya.Macam kena dengan Prof Kangkung... 
Tumpang sekole.
Hasil carian imej untuk Gambar Profesor kangkung tunduk malau depan mahathir
Komen Afdlin Shauki, Dr M 'melirik' pensyarah: Memang epik!

Terima kasih Najib, RELA tak perlu 'dedak'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengumumkan kenaikan elaun anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daripada RM6 kepada RM8 sejam.
Daripada membiarkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri umumkan, Najib sendiri mahu melakukannya kerana beliau turut umumkan kenaikan elaun pegawai RELA daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam.
Khabarnya, media milik Umno dengan pantas menyiarkan berita yang menyorot pendapat rata-rata anggota RELA cukup bersyukur dan gembira dengan pemberian tersebut walaupun ramai juga yang melihatnya sebagai gula-gula PRU14.
Wajar jika ada anggota RELA yang mahu berterima kasih dengan pemberian tersebut kerana ia sedikit sebanyak mampu untuk membantu mereka mendepani kenaikan harga barang dan kos sara hidup semenjak sistem GST diperkenalkan.
Sama seperti rakyat lain daripada semua jenis pekerjaan dan juga mereka yang tidak bekerja, anggota RELA juga tidak terlepas daripada bebanan kenaikan kos sara hidup yang melonjak akibat GST dan penurunan nilai ringgit.
Persoalannya, cukupkah 'hadiah' tersebut jika dibandingkan dengan keperluan anggota RELA yang turut yang ditugaskan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone)?
Cukupkah elaun naik RM2 sejam dan pakaian seragam baru jika dibandingkan dengan risiko bertugas di banyak jabatan serta agensi kerajaan antaranya sebagai menggantikan tugasan polis bantuan?
Apa yang anggota RELA perlukan bukanlah sekadar kenaikan RM2 sejam atau pakaian seragam baru sahaja tetapi kebajikan para anggota RELA seharusnya dijaga sama seperti pekerja lain.
Anggota RELA yang majoritinya berbangsa Melayu perlu perlindungan semaksimum mungkin, terutama ketika menjalankan tugas-tugas menjaga keselamatan sama ada di atas jalan raya, perhimpunan di padang atau dewan serta semasa bencana alam.
Manfaat KWSP, Perkeso
Agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) perlu dilibatkan dengan aspek kebajikan para anggota dan pegawai RELA.
Saya ulang, jika diletakkan bawah KWSP, aspek kebajikan anggota RELA akan lebih terjaga dan meningkatkan peluang mereka mendapat kehidupan lebih baik menerusi beberapa skim seperti bantuan hilang upaya dan kematian, manfaat persaraan selain mendapat dividen atas simpanan yang dibuat.
Melalui Perkeso pula, anggota RELA boleh mendapat akses kepada skim bencana pekerjaan dan skim keilatan yang antara lain menawarkan pencen ilat, bantuan ilat, pencen penakat, faedah pengurusan mayat, program ‘Return To Work dan faedah pendidikan.
Dengan adanya caruman KWSP dan Perkeso, kebajikan para anggota RELA terutama mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap akan lebih terpelihara dan lebih ramai rakyat negara ini yang mungkin berminat untuk menyertai RELA.
Walaupun anggota RELA ialah mereka yang bekerja secara sukarela, ia tidak bermaksud mereka terhindar daripada sebarang risiko kecelakaan dan nyawa mereka tidak semahal anggota keselamatan lain seperti polis atau tentera.
Mereka juga manusia yang kebanyakannya telah berkeluarga, berniat murni untuk membantu memelihara aspek keselamatan dan ketenteraman negara dan layak untuk diberikan perlindungan serupa seperti kakitangan keselamatan yang lain.
Justeru, selain menambah elaun, adalah sangat wajar juga jika kerajaan dapat menimbang untuk melibatkan anggota RELA dengan skim-skim di bawah KWSP dan Perkeso agar bukan sahaja masa depan mereka lebih terjamin, minat untuk menyertai RELA akan lebih berdaya.
AMRAN AHMAD NOR ialah Naib Pengerusi Biro Buruh DAP selepas menerajui Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu dan masih menjejaki perjuangan arwah Ahmad Nor, bekas presiden CUEPACS dan mantan naib pengerusi DAP.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena