Tuesday, 20 March 2018

[Video Tidak Menyesal Meninggalkan Umno BN, Sertai BERSATU] Ayuh Dr. Rais dan Rafidah, marilah kita bergerak bersama-sama menyelamatkan negara & segera buat PILIHAN 'MUFARAKAH daripada Najib UmnoBN.

Rabu, 21 Mac 2018

RAIS, RAFIDAH SEBAIKNYA SEGERA BUAT PILIHAN 'MUFARAKAH' DARIPADA NAJIB, UMNO DAN BN


Sehingga ini belum ternampak ada tanda-tanda Dr. Rais Yatim dan Rafidah Aziz, dua bekas menteri kabinet mahu mengendur daripada terus mengkritik kerajaan.

Setelah sekian lama agak berdiam diri dan rampasan kapal mewah Equanimity milik Jho Low membuatkan mereka mula tampil bersuara, kini suara kedua-duanya seakan semakin sukar untuk dihentikan begitu saja.

Meskipun Dr. Rais masih terkait bersama kerajaan dengan memegang jawatan penasihat sosio budaya bertaraf menteri dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa, tetapi ia sama sekali taidak menjadikan beliau bungkam dan hanya menyimpan suaranya di halkum semta-mata.
Jika sebelum ini beliau menegur sikap Salleh Said Keruak, Nazri Aziz dan beberapa pihak dalam UMNO yang bagai meletakkan Jho Low lebih penting daripada parti dan kerajaan, sedangkan kes melibatkannya umpama "bangkai" yang sudah berbau, Dr. Rais seterusnya menyatakan kedudukannya sebagai penasihat kepada kerajaan tidak semestinya membuatkan beliau hanya perlu diam sahaja.

"Saya dilantik oleh Perdana Menteri sebagai penasihat. Sebagai penasihat, saya buat apa, nak diam saja?

"Tetapi, orang kata Rais Yatim sudah meroyan. Belum tahu lagi siapa yang meroyan dalam hal ini," tambah beliau.

Rafidah pula, bermula dengan mempertikaikan kegagalan pihak berkuasa Malaysia mengesan Equanimity, sedangkan beliau sendiri pernah terserempak dengan "kediaman terapung"  bernilai hampir RM1,000 juta itu, suara beliau seterusnya tampak lebih garang dan berani.
Menjelang PRU 14 akan datang, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mengundi pemimpin politik yang korup.

Katanya, memilih pemimpin yang korup samalah seperti membenarkan salah laku mereka dan ia merupakan perbuatan subahat serta khianat kepada negara.

Soalnya, apa selepas ini?

Apakah jika Dr. Rais dan Rafidah terus bersuara, malah mungkin dengan lebih lantang, tetapi masih kekal dalam UMNO dan kerajaan, tindakan itu mampu membantu perubahan dalam negara?

Memang tidak dapat dinafikan, kedua-dua mereka masih dan sedikit sebanyak ada pengaruh dan pengikut di sana sini, sebab itu keberanian dan kelantangan bersuara saja tidak memadai  jika benar mereka juga mahukan perubahan sebagaimana yang diimpikan oleh jutaan rakyat Malaysia yang lain.

Harus diingat bahawa perjuangan dalam negara sekarang adalah menentang kemungkaran dan mengelakkan negara daripada terus rosak dan binasa. Bagaimana lantang dan berani sekali pun dalam bersuara, ia tidak akan bermakna jika terus bersekongkol dengan kemungkaran yang sama.

Lantaran itu, adalah penting bagi Dr. Rais dan Rafidah agar segera membuat pilihan dan keluar daripada terus bersekongkol dengan Najib, UMNO dan kerajaan. 

Pilihan terbaik bagi kedua-duanya ialah keluar daripada UMNO, melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan sama-sama bergerak ke arah perubahan.
Mereka mesti berani menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO serta BN yang sedang menguasai negara dan Najib yang sedang mentadbir negara sekarang sedang membawa kerosakan dan kehancuran kepada kita semua.
Tindakan mereka keluar daripada UMNO, meletakkan jawatan dalam kerajaan dan kemudian sama-sama berkempan untuk perubahan, adalah mesej yang penting ke arah perubahan.

Tidak semestinya dengan keluar UMNO dan melepakan jawatan dalam kerajaan, kedua-duanya perlu menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan atau pun bertanding dalam piliharaya akan datang. 

Itu barangkali adalah pilihan yang kedua.

Pilihan pertama ialah mereka mesti berani dan pantas memisahkan diri atau "mufarakah" daripada Najib, UMNO serta BN dan menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada sudah tidak berguna dan perlu ditukar dengan segera.

Ayuh Dr. Rais dan Rafidah, marilah kita bergerak bersama-sama menyelamatkan negara. (ShahbudinHusin 20/03/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena