Monday 26 March 2018

[Video Graduan Anak Muda Bawa GRAB Car Sebab Tiada Kerja Bayar Hutang PTPTN] Pemuzik death metal calon PKR di DUN Labu?

Isnin, 26 Mac 2018


Hasil carian imej untuk Gambar Kumpulan Rock Farasu

Pemuzik death metal calon PKR di DUN Labu?


Pemuzik death metal calon PKR di DUN Labu?

Genre yang dibawa Farasu bukan sembarangan kerana ia berasaskan death metal, iaitu cabang muzik yang terkenal agresif, dan melawan arus. Farasu menamakan genre mereksa sebagai Nusantara Death Metal, cabang aliran death metal dengan sentuhan muzik berasaskan nusantara. – Gambar ihsan Facebook rasmi Farasu, 25 Mac, 2018.

ANGGOTA kugiran Farasu, Mustafa Kamal Abdul Rahman bakal mencipta sejarah jika dicalonkan menjadi wakil rakyat PKR di Labu, Negeri Sembilan oleh pemimpin tertinggi PKR. 
Genre yang dibawa Farasu bukan sembarangan. Ia berasaskan death metal, iaitu cabang muzik metal yang terkenal agresif, ekstrem dan melawan arus. Farasu mengolah aliran muzik ini menjadi Nusantara Death Metal, cabang aliran death metal dengan sentuhan muzik berasaskan nusantara.
Mustafa yang juga naib ketua PKR Cabang Rasah berkata, beliau kini menggalas cabaran untuk menepis persepsi bahawa golongan seperti mereka tidak boleh berada dalam sistem politik.
“Saya ingin buktikan bahawa jika kelompok metal diberi peluang, mereka sebenarnya boleh berada dalam sistem dan boleh menyumbang,” kata Mustafa, 39, ketika ditemui The Malaysian Insight.
Mustafa mungkin dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Negeri Sembilan yang berkemungkinan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Labu mempunyai 17,812 pengundi dengan majoritinya Melayu (71%), Cina (11%) dan India (15%). Kerusi itu kini diwakili Hasim Rusdi yang juga merupakan exco pertanian dan asas tani Negeri Sembilan.
Menurut Mustafa, dakyah palsu yang melabelkan penggiat muzik metal sebagai ekstrem itu dicetuskan oleh media seperti majalah Mastika, terbitan syarikat dikawal oleh Umno.
Kesemua anggota Farasu, kecuali vokalisnya, juga pernah terbabit dalam politik dan memegang jawatan baik dalam parti pemerintah mahupun pembangkang.
Pemain gitar Farasu, Nahax Saud merupakan bekas ahli jawatankuasa cawangan Umno Bukit Bintang manakala gitaris kedua, Muhamad Faisal Che Leh pernah menjadi naib presiden kelab Umno luar negeri New Zealand. Vokalisnya, Mohd Shah Mohd Zaini tidak melibatkan diri dalam politik.
Dari kiri, pemain gitar Mohd Faisal Che Leh, pemain dram Mustafa Kamal Abdul Rahman, teraju utama Farasu Nahax Saud, dan penyanyi Mohd Shah Mohd Zaini. Dinamika politik anggota Farasu menarik kerana hampir semua dari mereka pernah terlibat dalam politik sama ada di sebelah pihak pembangkang mahupun Umo-BN. รข€“ Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 25 Mac, 2018.
Dari kiri, pemain gitar Mohd Faisal Che Leh, pemain dram Mustafa Kamal Abdul Rahman, teraju utama Farasu Nahax Saud, dan penyanyi Mohd Shah Mohd Zaini. Dinamika politik anggota Farasu menarik kerana hampir semua dari mereka pernah terlibat dalam politik sama ada di sebelah pihak pembangkang mahupun Umo-BN. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 25 Mac, 2018.
Penduduk Labu fleksibel, boleh terima wakil rakyat pemuzik 
Mustafa menyifatkan DUN Labu sangat kaya dengan warisan seni dan budaya kerana pengaruh kuat budaya Minangkabau.
Oleh itu, Mustafa yang merupakan anak jati Mambau berkata, beliau mahu memartabatkan semula warisan seni dan budaya yang didakwanya telah tenggelam kerana dasar kerajaan negeri.
“Labu ini sangat berpontensi, tapi kerana dasar kerajaan negeri yang tidak mengangkat kebudayaan, jadi imej negeri ini dari segi budayanya tidak diperkasakan,” kata naib ketua PKR Cabang Rasah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena