Wednesday 21 March 2018

[Video Bila Sirul Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia?] Abid zuhud rupanya serigala lapar.

Rabu, 21 Mac 2018

Image may contain: one or more people and text


Abid zuhud rupanya serigala lapar

Ketua AMANAH Kawasan Marang, Ustaz Miqdad Zakaria melahirkan kebimbangannya melihatkan situasi politik semasa yang membabitkan tokoh-tokoh agama daripada parti Islam Pas.
Terbaharu adalah berhubung kontroversi doa laknat yang dibuat oleh pemimpin Pas, Ustaz Dusuki Abd Rani dalam satu program parti itu di negeri Selangor baru-baru ini.
Kata Miqdad, ramai yang sudah sesat disebabkan pegangan politik yang mengatasi aqidah dan ibadat.
Ujar beliau, sudah lama perkara sebegini berlarutan, semua gara-gara tangan agamawan yang mengetahui tetapi takut untuk bersuara sementelah untuk mengambil bahagian..
Tambahnya, sudah sampai masanya etika politik Islam dikemaskini, kembalikan batasannya supaya orang awam dapat mengenali dan memahami.
Beliau menyeru tokoh-tokoh agama daripada Pas seperti Ustaz Dusuki supaya berhenti membebalkan minda masyarakat dengan menyemaikan keyakinan bahawa pakatan politk lain selain Pas adalah musuh yang perlu dihapuskan.
Kata beliau, Allah Tuhan sekalian mahkluk, bukan hak milik mutlak yang orang Islam dalam parti PAS.
“Jika kamu (Dusuki) dan pengikut kamu mengganggap kami ini layak menerima laknat daripada Allah disebabkan berbeza pendapat dari sudut ijtihad, maka dengan ini kamu sudah jauh tersesat dengan mainan Iblis yang bersarang di dada nafsu kamu gara-gara keinginan itu sudah mengatasi kehendak iman.
Miqdad Zakaria
“Sekali lagi ana (saya) ulangi, kamu sudah jauh disesatkan oleh tipu daya iblis yang datang dengan gambaran seorang abid kononnya zuhud akan dunia, walhal hatinya lebih kejam daripada seekor serigala yang tengah lapar,” tulis beliau dalam Facebooknya.
Beliau sekali lagi menyeru pemimpin-pemimpin Pas supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengajak manusia mengenali keindahan Islam, yang boleh menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah dan azab api neraka.
“Sama-samalah kita bertaubat dan memohon ampun.. Kita tidak mengetahui hakikat sebenar melainkan yang zahir. Ilmu Allah sangat luas, mengatasi segala ilmu seluruh manusia,” kata beliau.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena