Mat Sabu di Pentagon
Umno kini hilang kemudi, kata Khairy
Umno kini hilang kemudi tanpa ketua dengan arah tuju yang jelas, kata bekas ketua pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin.
Dalam temu bual dengan stesen radio BFM semalam, Khairy berkata anggota parti itu mendengar khabar mengenai pertemuan antara presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan pemimpin tertentu.
"Beliau harus jelas ke arah mana beliau hendak membawa parti ini. Ini adalah langkah yang berselindung dan rahsia. Ia mungkin dirancang untuk mendapat keputusan tertentu tetapi parti tidak tahu apa hasilnya, katanya.
Ketika ditanya sama ada Zahid sedang cuba menjalin kesepakatan dengan PAS, PKR atau Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Khairy berkata beliau "tidak tahu".
Umno tak sentiasa menang hingga 1,000 tahun - Tok Mat
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan malam ini berucap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi merasmikan persidangan ketiga-tiga sayap pergerakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2018.
Dalam ucapannya, Mohamad mengingatkan anggota Umno bahawa parti itu tidak akan sentiasa menang dan tidak selama-lamanya kuat.
"Kita tidak akan sentiasa menang hingga seribu tahun. Kita tidak akan kuat selama ada bulan dan bintang," katanya mengulas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.
Ucapan tersebut ternyata berbeza sama sekali dengan ucapan dasar presiden oleh bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada bulan Disember tahun lalu.
Dalam ucapannya, Najib berkata "Kalau sebeginilah petanda dan semangat yang dizahirkan orang Umno, saya yakin dan penuh percaya bahawa Umno akan terus hidup memimpin bukan sekadar 30 tahun mendatang, malah bagi tempoh 1,000 tahun lagi".
Mohamad yang tidak menyebut nama Najib dalam ucapannya berkata Umno telah kehilangan kuasa kerana tidak lagi berjuang untuk orang Melayu tetapi "demi survival beberapa tokoh tertentu".
"(Perjuangan Umno) Bukan lagi tentang bahasa Melayu, bukan lagi kebolehsaingan Melayu atau pendidikan terbaik untuk anak bangsa. Bukan lagi sistem politik matang dan baik, bukan kepimpinan yang amanah pada perjuangan bangsanya.
"Tetapi, yang diperjuangkan ialah ‘survival’ tokoh tertentu yang mampu memberikan segala macam imbuhan, kontrak dan projek.
"Bukan lagi wadah gerakan massa bangsa Melayu yang jujur," kata Mohamad.
Mk.
0 comments:
Post a Comment