Monday, 24 September 2018

[Video Lagi pemimpin keluar Umno, BN tarik diri di PD] 'Terpalit dgn skandal 1MDB' Siasatan terhadap Rosmah siap, tunggu tindakan AG.

Selasa, 25 September 2018

Foto Suara Rakyat.
KINI.. giliran Rosmah Mansor pula utk membersihkan dirinya dari segala tuduhan..

Selagi Rosmah tak diheret ke muka pengadilan utk diadili seadil2nya, selagi itu nama beliau terpalit dgn skandal 1MDB..

Kami Rindu Zaman Rosmah !

Siasatan terhadap Rosmah siap, tunggu tindakan AG

Siasatan terhadap isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor telah siap dan telah diserahkan kepada Peguam Negara, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
“Agensi ini hanya bertanggungjawab menjalankan siasatan dan terserah kepada Peguam Negara untuk mendakwa Rosmah atau tidak,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram. Pada Jun lepas Rosmah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya.
Khamis lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat.
Mohd Shukri yang ditemui pemberita selepas menyampaikan Executive Talk bertajuk ‘Rasuah: Cabaran Kepada Anak Muda’ sempena Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KoMawAR) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Saya tidak boleh jawab soalan tuan-tuan sama ada dia (Rosmah) akan didakwa kerana ia di luar bidang kuasa kami,” kata Mohd Shukri.
Semasa menjawab soalan seorang pelajar kenapa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibebaskan daripada pertuduhan rasuah pembelian banglo selepas pilihan raya umum ke-14 lepas, beliau berkata kuasa penuh untuk mendakwa terletak kepada Peguam Negara.
Mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujud individu berkuasa menawarkan kontrak untuk mendapat sokongan dalam pemilihan parti itu, Mohd Shukri meminta Anwar memberi maklumat mengenai kewujudan individu berkenaan.
Katanya, tanpa maklumat adalah sukar untuk SPRM menjalankan siasatan.
Akhbar hari ini melaporkan Anwar mengakui berlaku penawaran itu dan menegaskan beliau sama sekali tidak berkompromi dengan pemimpin yang menggunakan taktik kotor untuk menang jawatan.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena