Tuesday 25 September 2018

[Video Laporan SPRM dakwaan Setiausaha Politik rasuah & Kenny, Remy and Martin Suratan atau Kebetulan] Setpol rasuah: Anwar akan jumpa Baru Bian & SATU KEBETULAN? Di mana ada Anwar di situ KEBETULAN ada POLITIK WANG?

Rabu, 26 September 2018


Terserah SPRM siasat... Saya menonton video (pertemuan yang dikatakan itu) dan ia cukup mengganggu," kata pemimpin tertinggi PKR.

Dakwaan setpol rasuah: Anwar akan jumpa Baru Bian

Pemimpin tertinggi PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Menteri Kerja Raya Baru Bian esok mengenai dakwaan rasuah terhadap setiausaha politiknya.
Anwar berkata akan bermesyuarat dengan Baru bagi mendapat penjelasan mengenai hal itu yang disifatkannya sebagai cukup menganggu.
Pagi ini, Penyelaras AMK Ahmad Syukri Che Ab Razak memfailkan laporan ke SPRM terhadap setiausaha Baru Bian yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Individu berkenaan dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan tidak kurang RM300,000 ketika pertemuan bersama pemimpin tempatan pada 1 September lalu.
"Terserah SPRM untuk menyiasat... Saya secara peribadi membaca laporan dan menonton video (pertemuan yang dikatakan itu) dan sudah pasti ia cukup mengganggu.
"Saya akan bercakap dengan Baru Bian esok bagi mendapatkan penjelasan. Sudah tentu saya merasakan menteri patut ambil maklum mengenai dakwaan tersebut," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pemilihan PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.
Selepas membuat laporan ke SPRM hari ini, Syukri berkata beliau percaya kontrak dan dana yang ditawarkan oleh pembantu Baru itu sebagai pertukaran untuk undi dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.
Katanya, kontrak berkenaan bagi penyelenggaraan pembangunan dan infrastruktur.
Baru Bian kata tak tolak ansur rasuah
Syukri juga mendakwa, setiausaha politik itu juga memiliki hubungan dengan dua kementerian lain, yang membolehkannya mendapatkan peruntukan lebih lanjut.
Baru dalam kenyataannya kemudian berkata beliau mengalu-alukan sebarang siasatan pihak berkuasa terhadap kementeriannya.
"Buat saya, jika tindakan itu betul ia tak boleh tolak ansur sama sekali, khususnya selepas kami telah berjuang dengan kuat menentang amalan rasuah. Proses undang-undang patut berjalan," katanya.
Malaysiakini tidak mendedahkan nama pembantu berkenaan sehingga mendapat ulasannya.

DI MANA ADA ANWAR DI SITU KEBETULAN ADA POLITIK WANG, SATU KEBETULAN?

Mereka yang tertentu menggunakan wang untuk membeli undi perlu hentikan segera jika tidak berada di kem yang sama.

Pemimpin² tertentu yang bertanding juga perlu lebih berhati hati kerana mampu diperangkap,  dikonspirasi disabitkan.
Orang kiri kanan mereka mampu dibeli untuk membuat 1001 pengakuan yang mencemar menjejas imejnya dalam perebutan jawatan tertinggi.

Anwar perlu fokus bersihkan politik wang di PKR untuk dilihat mampu menjadi seorang PM yang berkebolehan mengawal korupsi..
Posted by 

1 comments:

Unknown said...

Aku mmg penyokong DSAI sejak mulanya reformasi. Tp waktu2 ini aku berkecuali sb DSAI sudah over the top dlm byk perkara

DSAI hanya presiden PKR bukan MP bukan menteri apatah lg TPM @ PM dsb. So kalo soal2 negera, DSAI x patut campur tangan.biarkn tun m & teamnya.

Kwcuali lah dah jd TPM atau PM

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena